Friday, March 9, 2012
Wanginya Perkuburan Syuhada
Melawat perkuburan syuhada dimana 70 orang para syuhada meninggalkan dunia kerana terkorban di dalam Perang Uhud.
Kubur dimana menempatkan Singa Allah; Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dadanya dirobek dan hatinya turut dimakan oleh Hindun iaitu isteri Abu Sufyan.
Tentera Islam sepatutnya terus menanti di atas bukit sehingga Rasul memberikan arahan.
Oleh kerana yakin telah menang, maka tentera Islam turun dari bukit untuk mengambil harta dan senjata Orang Musyrik, lalu masa itulah segala tombak dan panah dilempari oleh si kafir!
Dalam perang uhud ini, sehinggakan Rasul pun turut tercedera di pipi dan patah gigi Baginda. Rasul turut jatuh dan rebah.
Di saat tertusuknya bau wangi kasturi dari kuburan itu (BENAR-BENAR WANGI !) Ustaz Omar membaca doa sebelum kami berlalu pergi.
Hati yang sememangnya sedikit tersentuh dengan penceritaan ini akhirnya tak dapat menampung air mata!
Ada bait-bait doa yang dilafazkan oleh Ustaz Omar adalah sama dengan bait-bait doa aku pada Dia. Dan hatiku terlintas;
Sampai hati mereka lakukan ini pada Rasullullah; kekasih Allah yang didalam doa aku sebut:
"Ya Allah, letakkan aku di dalam doa Rasullullah, dan izinkan Rasulullah menjadi saksi ketika aku di Padang Masyhar saat menunggu giliran untuk dihitungkan amal amalan!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment