Thursday, March 29, 2012

Dua Darjat

Kalau dulu
Atapnya seperti mau roboh
Pintu sudah terkoyak
Baju pula rabak menampak aurat kulit

Bila jiran datang
Saudara menjengah
Kata mereka apa untung datang ke pondok ini
Ga pernah dihidang makan gimana mahu pulang bawa perut kenyang?

Aduh, tajam kata bagai duri
Dia ga peduli
Biar air mata jatuh laju di pipi

Tapi kini
Bila rumahnya, tangga pun udah mencecah ratus
Semua berbondong datang
Biar azan sedang berkumandang

Kata mereka
Kalau datang bila-bila pun pasti pulang semula perut kenyang
Bau rumah wangi semerbak bukan seperti dulu
Lantainya penuh kulat dinding tumbuh cendawan

Itu beza antara dua darjat
Kalau dulu miskin tak pernah dijengah
Tapi kini wang merata

Semua mengaku sahabat

No comments:

Post a Comment