Wednesday, March 7, 2012

Umrah - Part 3 : Tawaf

MAIN POINT OF BAITULLAH.


Bermula dengan Tawaf.
Mutawwif bawa ramai jemaah.
Dan.
Saya terlepas dari diorang.
Saya fikir: nak kejar atau apa?

kalau saya kejar; saya akan mengambil risiko.
1. Terhengsot bahu kiri. Dimana bahu kiri tidak boleh "terusik/teralih" ke kiri atau kanan. Kalau tak, batal tawaf.
2. Sedikit merempuh orang ramai.
Dimana saya taknak tertolak mereka. kerana saya taknak diri saya ditolak juge.

maka akan hal ini, saya berkeputusan melakukan seorang diri dan saya percaya Dia sedang menguji dan melihat.

sehinggalah pada satu point itu, Kak Salma: kakak yang menegur saya di airport tadi, tiba-tiba memegang erat tangan saya. Mungkin dia tahu saya berseorangan. Dan beberapa minit kemudian, saya dan dia juga terlepas dan saya terus menyelesaikan tawaf seorang diri. (:

Bila berseorangan itu, lebih indah. Menghayati segenap pelosok langit-langit. Tak henti saya memohon maaf dan ampun dari Dia.

aku tahu ya Allah, aku dulu hatinya cukup lalai, leka dengan perhiasan dunia dan hiburan entah bila kan habisnya. Dan aku ingin sucikan dosa - dosa aku disini, Kau gugurkan lah ya Allah dosa ini satu-persatu atas kerana sifat Mu yang penuh dengan kasih sayang itu. Aku tahu, tak mungkin aku kan dapat memasuki syurgaMu ya Allah, tapi masakan aku sanggup mengenakan tubuh aku dengan bakaran api neraka. Maka aku mohon ya Allah, izinkan aku jua akhirnya ke syurga.

terlalu banyak doa-doa aku titipkan semasa tawaf. Dan aku yakin Dia dengar, Dia lihat. dan aku mohon untuk tiap titisan airmata ini menyentuh bumi Makkah, izinkanlah ia semuanya menjadi sebab saksi di hari 'esok' . Amin.

Insyaallah, tawaf ini diterima oleh Allah S.W.T

Tawaf awal pagi, tak ramai orang. Banyak ruang-ruang lengang.



Dah selesai tawaf sunat masa ni.

No comments:

Post a Comment