Wednesday, March 7, 2012

Kenangan Umrah

1. PICTURES
nak uploads pics.
tapi semacam error je ni the SD card.
Oh, saddis !

2. CERITERA
Mungkin saya akan menceritakan itu ini tentang umrah saya, kata orang perasaan gembira tu masih belum habis! yela, masih berada di dalam 40hari yang penuh keberkatan; kata orang. Saya minta maaf kalau anda terasa seperti saya membangga diri atau apa-apa. Tak ada niat langsung di hati ini.

3. CITA-CITA
Sungguh saya bercita-cita ingin datang lagi ke sana! sehinggakan saya berkata pada hari terakhir saya di Baitullah.

Ya Allah, insyaallah, kalau pulang aku ke dunia dan ada rezeki lebat yang Kau berikan, kita akan jumpa lagi ya Allah. Bila saat saya menyambung kata; Ya Allah, aku dah nak pulang dah ni nak menuju Madinah bertemu kekasihMu Rasullullah. Aku mohon biarlah hanya dakapan kita yang terlerai di Bumi Makkah ini ya Allah, dan bukannya kasih sayangMu pada aku. Janganlah kau menjauh dari aku, bila telah aku sampai ke dunia aku.

Hanya Dia yang tahu, remuk redam hati saya berpisah dengan Baitullah. Mungkin ini kenangan pertama kali, jadi sedihnya lain macam sekali!

sehingga saya memohon maaf dengan Ilahi;

Ya Allah, mana yang terkurang terlebih ibadah aku disini, aku harap Kau tolonglah tampung dan tanggung. Aku minta maaf jikalau keberadaan aku disini tidak sesempurna mana seperti yang Kau harapkan.

Memang benar, kesemua doa saya, saya menggunakan hati. Alhamdulillah, buku panduan yang diberikan hanyalah semata-mata sebagai panduan. saya cuma menggunakan buku tersebut sepenuhnya ketika tawaf wida' sahaja demi menampung mana-mana doa yang ketinggalan. Saat Tawaf Wida', hanya Dia yang tahu sakitnya berpisah cinta dengan Ilahi!

4. Sharing is Caring
Terkebetulan, saya ada contact seorang kakak selepas pulang dari umrah.
Dia ni x-colleague masa dekat ASMA.
She will be leaving for umrah as well next week maybe on 11th March. So kakak ni ajak jumpa sebab nak tanya tips etc ttg pakaian, route trip, place to visit etc.
Then kitorang jumpa lah after work last tuesday 6th March. A lot of things yang shared dengan dia sampai dia siap terharu-haru bagai. (ye ke kak terharu? tiihi)

the most important things i told her was; doalah gunakan hati. melalui hati kita dapat rasa kasih Ilahi lebih dekat lagi. dia kata; doa saya sungguh berbunga-bunga.

then saya cakap, memanglah sbb saya tak reti nak formal-formal ni. kekok.
then the night before went to bed; dia sms: akak nak cuba berdoa berbunga - bunga macam kau!

Saya reply: cubalah, pasti ada rasa perbezaannya!
Saya perempuan yang bahagia, bila saya dapat berkongsi apa saja ilmu yang saya ada.
Amin.

Ada doa sebelum mati saya semasa saya di Makkah, insyaallah akan dimakbulkan Ilahi.

Amin.

5. Turkiye!
Orang-orang Turki merata-rata tempat di dalam Masjidil haram.
Kanan Turki, kiri Turki, belakang Turki, depan Turki, Subhanallah.
Saya ni orang kata saya kelakar. Saya kata diri saya, biasa-biasa saja.
Jadinya, kamu tahu orang Turki ni badan dia besar-besar belaka.
Satu hari di dalam masjidil haram, saya membaca quran dan seorang Turki disebelah saya mengusap pipi saya. saya senyum. bila penat kering tekak membaca, saya berhenti seketika kerna orang Turki tu seperti mahu berbicara.

Turki: datang dengan siapa?
Amalina: sorang diri dengan travel agency
Turki: Suami?
Amalina: Belum kahwin saya ni. Wish will get married after pulang dari umrah.
Turki: your name?
Amalina: Amalina.
Turki: ok, let me recite you a prayer.
then dia berdoa. i hug her since she told me that im her daughter and she is my mother. funny!
Amalina: kenapa Turki semua gemuk2?
Turki: Turki kuat makan.
Amalina: oic, i did some gesture like; sambil tidur makan, sambil mandi makan, sambil jalan makan. Turki tu gelak besar. Dia bagi address dia di Turki minta sy dtg ke sana. Insyaallah, ada rezeki. tempat tinggal dan makanan yang halal full support, amin!



di sana rata-rata kesemua Turki menyukai orang malaysia. kata diorang orang malaysia tak sekasar orang turki, haimeh? hihi.

Paling saya tak lupa sampai sekarang. satu malam usai solat maghrib. saya mencapai alquran yang saya letakkan dlm sling bag. i read the quran. Turki (again!) di sebelah berbaring. (mereka sungguh kuat tidur, tak tahu kenapa) saya membaca al-quran dan tibatiba dia tepuk peha saya sambil isyarat; kuatkan sikit bacaan awak, saya nak dengar. so that saya kuatkan sikit bacaan saya. bayangkan. bila saya kuatkan sedikit bacaan, dia terus bangun dan mengaji bersama! Masya Allah. saya memandang kiblat sedangkan dia tidak. langsung saya meminta dia untuk juga memandang kiblat. dan kami mengaji bersama! masa tu that turki tak pakai spec, mungkin dia rasa aura membaca alquran, dia kemudian mencapai spek dan kami menghabiskan kalimat-kalimat Yassin bersama-sama! Subhanallah.


6. Kasut !

2 pasang sepatu saya hilang di sana. Saya tak merungut, tapi saya tersenyum simpul. haha! Dalam satu hari saya hilang 2 sepatu. sepasang selepas zuhur dan sepasang lagi selepas asar. haha. mana saya letak? saya letak macam tu je dekat pintu besar. tak masukkan dalam kantung pun. mak saya cakap: hebat betul kau jemah. kan ma da pesan letak dalam kantung bawak masuk dalam masjid. saya cakap malasla ma, byk barang nanti nak bawa. sebenarnya hari yang hilang tu merupakan hari ke berapa saya disana. pada awalnya letak kat situ, tak pernah pun hilang. sekali hilang hamik kau terus 2 pasang dalam satu hari:

kata saya: oh Ilahi, nampaknya Kau mahu aku datang lagi!

untuk hari seterusnya saya terpaksa bawa kasut dalam kantung dan saya sangkut di tiang berdekatan ruang saya solat. kadang2 saya sangkut je disitu dan saya bersolat di lain-lain ruang yang jauh. sbb tiang tempat saya sangkut is on my way back to pintu utama berdekatan Marwah. so sweet hilang kasut. (: tiihiii.

oh ya, lagi satu pasang kasut hilang di masjid nabawi. (:
saya tak larat nak berjalan tanpa alas kaki, langsung saya ambil je selipar jepun di rak dan saya kata: Ya Allah, aku tahu kau sedang lihat tapi aku tak larat ni nak jalan tak pakai kasut nanti tapak kaki sakit. selipar ni aku pinjam kejap je nanti asar aku datang hantar balik ye. janji.

semasa perjalanan pulang ke hotel saya beli sepatu baru. naik ke hotel terus pergi makan. selesai makan saya pergi semula ke masjid sbb nak habiskan baca quran. dan of course menunaikan janji, saya letakkan semula selipar jepun tempat yang diambil. usai solat asar... jeng3.

saya tengok sepatu yang saya baru beli tu hilang, seriously, gelak besar but then miracle happen! sepatu yang hilang semasa zuhur tadi, ade balik. kah3. kelakar!

total sepatu hilang 3 pasang dan sememangnya saya niat sedekah. mana tahu akan saya jumpa sepatu tu semula next year amin!

7. Gurau-gurauan di Makkah!

Semasa di Makkah, rata-rata semuanya diam. Mungkin menjaga lidah dan bibir agar tak terlebih kata. tapi, saya ni sememangnya bising. cuma saya letakkan istighfar dalam hati. Alhamdulillah, semua selamat.

Mereka tak berani sangat nak bersuara sehinggakan the most funny part is; lauk dah habis dan diorang tak cakap ape pun.

masa que, bila it was my turn, i terus shout (frequency yang boleh diterima) saying:
"abang, daging dah habis ke, saya tak sempat makan pun~~"
abang: eh, dah habis ye.
Amalina: dah habis pun, sampai hati tak simpan pun utk Amalina
abang: ade lagi la, nanti abang letakkan.

orang belakang dan orang hadapan: nasib baik amalina tanya! haha.

Tapi memang, berkenaan dengan hati, saya dari sini sudah berdoa: Ya Allah, peliharalah akal dan hati aku dari berkata atau terlintas yang bukan-bukan. Semua orang kata kalau kat sana terus Kau bagi cash, maka aku mohon janganlah sekali-kali kau lalaikan hati aku Ya Allah. saya juga selalu berkata:

Ya Allah, aku ni sememangnya begini. suka bercakap, suka bergurau. Mana-mana gurauan yang terlebih kau maafkan aku ya Allah, jangan Kau berikan dugaan yang tak mampu aku tanggung. sebab, yelah, aku manusia biasa ya Allah. Peliharalah aku dan letakkan aku dalam jagaanMu. Amin.

again, mungkin sbb saya ke sana seorang diri. jadi sy sememangnya byk berdoa.
sikit-sikit berdoa sikit-sikit berdoa. (: tapi doa sungguh sweet. memang terasa sangat2 sampai ke Ilahi.

Antaranya: Ya Allah, aku dah nak keluar dari bilik nak menuju masjidil haram bersolah, kau peliharalah perjalanan aku ni ya Allah, letakkan aku di dalam pemerhatianMu. Amin.

jauh masjidil haram ke hotel : 500metres. (: sambil berjalan pandang ke langit melihat kebesaran yang maha esa!

No comments:

Post a Comment