Wednesday, March 7, 2012

Umrah - Part 2

Bila masa Visa dah approved.
Saya lah hamba yang paling gembira.
Takkan ada yang sukar bila sudah tercatit nama kita dalam guest list Dia!
Indahnya Ya Allah.

17th Feb - 20th Feb
saya pulang ke kampung untuk berjumpa adik beradik dan sanak saudara.
Rupanya ada sanak saudara yang tidak tahu saya mahu pergi ke sana. Hurm (:
Tak apa, umrah sahaja, bukan Haji. jadi saya pun tak ada buat apa-apa makan2 di rumah.

cukup solat hajat bersendirian untuk memohon keselamatan semasa keberadaan di sana.

20th Feb.
Flight from KB to KL with mom and dad.
I was actually tak bagi diorang hantarkan. Tapi diorang kesiankan saya: diorang cakap: takpelah pergi hantar, kesian husband pun tak da lagi takkan awak nak pergi KLIA sorang2. ups, touching you olls! Turun dari rumah dengan bacaan doa-doa tertentu, Masyaallah. Saya rasa seperti sungguh terpelihara dan dijaga!

21st Feb.
Jam 1230pm dah gerak from USJ. On our way to KLIA, we dropped by at Petronas to perform solah. we reach KLIA at 120pm. Masa tu semua jemaah dah berkumpul.
Saya bersalam-salaman dengan jemaah yang ada. Semua tanya saya pergi dengan siapa dan saya jawab pergi seorang diri, mereka terkejut, mata bulat.

Mulut kata pergi sendirian tapi dalam hati bilang: ditemani malaikat. Amin!

Hati saya sayu a bit when i saw a lot of family members yang menemani jemaah lain. Dalam hati; nasib mak bapak temankan, if not mau menangis touching-touching u olls! tiihi!

Ketua rombongan memanggil nama satu persatu untuk mengambil pass nama yang digantung di leher. and you know what, mommy punya takde, boleh? air mata dah nak bergenang. cepat-cepat diorang pujuk saying that; takpe pass nama takde, kita check boarding pass ade tak. Alhamdulillah, nasib baik boarding pass ada ;( cuba imagine if boarding pass takde, memang nangis habis !

About 5pm kitorang dah siap checkin dan menunggu nak masuk flight! uuuwhhh ! berdebar. toing toing.

Flight delayed to 740pm, dalam masa tengah menunggu, mommy belek-beleklah the book title: Panduan Umrah dan Ziarah. hish, still baca lagi even tough dah nak gerak?
well ~~ biasala first umrah, macam tak pasti sangat apa yang perlu dilakukan.
Waktu tu, sambil borak-borak dengan jemaah-jemaah lain dan diorang sangatlah baik ok. Mommy suka !!






our routes were like this: KLIA - Brunei - Dubai (bus) Sharjah - Jeddah (bus) - Makkah.

We reach Dubai and spent about 8hrs there. So, kena check in hotel. Hotel yang sangat besar ok, Ya Allah mommy sangat suka! Masa dekat Dubai ber-bestfriend dengan macik-macik dan secara tak langsung mommy bertukar jadi macik. There were Samsiah, Selmah, Fatimah and her son; Adan a.k.a Meor age 25 years old, so dilarang mengorat sebab under age. kah3. ups! sorry Mom Fatimah.






Dubai sangatlah cold a bit mcm Genting about 18degC.We had a view la kejap around Dubai and semua building sangat tinggi mencakar langit tau. And the place sangatlah bersih ok. Semua mat-mat saleh pun pandang because of outfit, semua macam wrap all over the body gitu kan. teehee. excuse me, alhamdulillah tak panas langsung ok. (:








Tibalah masa untuk kita gerak from Dubai to Sharjah Airport by Bus. I felt the adrenaline rush bila each point end. kan? Waiting for the flight to Jeddah, Ya Allah. sungguh berdebar dan debaran itu kian terasa. Bila dah masuk dalam perut kapal terbang, makin berdebar, dan masa tu mommy duduk sebelah Makcik Rahimah. Masa tu sangatlah mengantuk sampai pesan dekat Makcik Rahimah: Makcik kejutkan Amalina untuk berniat, tak tahan sangat ngantuk ni.

Then i heard announcement yang kita dah memasuki Qarnul Manazil. Miqat point for jemaah yang memasuki terus ke Makkah. Terasa seperti lain je perasaan tersebut. Lepas niatperlahan-lahan membaca talbiah seorang diri dan akhirnya sehingga tertidur.

~~ngantuk~~

Bila dah sampai di Jeddah, dan setelkan urusan Immigration, masa tu berkenalan dengan Kak Salma and her family : Ayah Mus a.k.a Boboi, Akid a.k.a Adik and also Aqilah a.k.a Donut.

Nasib baiklah semua orang di sekeliling; mungkin menuju ke arah satu kiblat. Maka mereka semua beramah mesra gitu. Jadi mesti sebut; Alhamdulillah. (:

Bayangkan perjalanan yang memakan masa berjam-jam, dan kemudian sudah sampai ke final checkpoint. Masyaallah. Bila dah keluar dari Jeddah Airport tu kami menaiki Bus untuk ke Makkah, dan di dalam bus, adanya tazkirah. Masa tu duduk di sebelah nenek; dia suruh panggil dia Wan.

Sepanjang perjalanan mendengar tazkirah air mata bercucuran. bukan kenapa, seperti tak percaya sudah sampai di Kota Haram Makkah.

Dan, perlu ingat:
Kita datang kerumah Allah dengan membawa dosa terpalit tebal. Dan sepanjang di rumahnya terlalu baik Dia melayan kita, apa yang kalian rasa? Tidakkah ada rasa
'terusik' yang menyentuh kalbu gitu kan. Jiwang.

Percayalah, saat kaki menyentuh Bumi Makkah, akan wujud perasaan lain ! Lantas aku berdoa: Ya Allah, datang ku hanya sorang menyatakan rindu kasih aku dan aku tunjukkan padaMU Ya Allah kepercayaan aku pada MU, maka aku mohon, peliharakah aku sepanjang aku berada di rumahMu. Itulah kata aku saat kaki mencecah tanah di depan hotel sejurus turun dari bus! Masyaallah.

Semua jemaah perlu check in dulu, dan usai semua, kami menjalani ibadah umrah yang pertama pada pukul 8pagi. Hanya Dia yang tahu apa rasa hati, tatkala mata tertumpu pada bongkah hitam di tengah lautan dibanjiri manusia. Aku memandang langit dan berkata hati aku: Terima kasih Ya Rabbul-Jalil!

TUNGGU AKU SAMPAI YA ALLAH!





Lihat kawasan sekitar menyinari Baitullah. Dan pandanglah bongkah hitam itu, dimana hamba kesemuanya mengarah ke satu kiblat. !

No comments:

Post a Comment