Friday, March 30, 2012

Tempahan Mini Moisture Choc CupCake

Kakok dah start balik her well doing business in baking cakes.
And since lately dia terima banyak sangat tempahan, dengan terujanya dapatla snap beberapa keping pic eventhough i'm not good at taking pictures.

But then,
The taste matter the most.
Not the pix, ya?

Anyone interested nak give a try;
Please contact her directly at 017 9018634 : Kak Nita.
Yezza.




Bungkusan untuk order di KL yaw.

Thursday, March 29, 2012

Dua Darjat

Kalau dulu
Atapnya seperti mau roboh
Pintu sudah terkoyak
Baju pula rabak menampak aurat kulit

Bila jiran datang
Saudara menjengah
Kata mereka apa untung datang ke pondok ini
Ga pernah dihidang makan gimana mahu pulang bawa perut kenyang?

Aduh, tajam kata bagai duri
Dia ga peduli
Biar air mata jatuh laju di pipi

Tapi kini
Bila rumahnya, tangga pun udah mencecah ratus
Semua berbondong datang
Biar azan sedang berkumandang

Kata mereka
Kalau datang bila-bila pun pasti pulang semula perut kenyang
Bau rumah wangi semerbak bukan seperti dulu
Lantainya penuh kulat dinding tumbuh cendawan

Itu beza antara dua darjat
Kalau dulu miskin tak pernah dijengah
Tapi kini wang merata

Semua mengaku sahabat

Tuesday, March 20, 2012

Bila Tok Meor Komen

Masa kat sana;

Tok Meor komen:

Amalina datang sorang-sorang je ke sini.
Tapi bila nak balik ke sana (M'sia).
Semua orang dah jadi ayah dan mak dia.

Sweet kan?
Tak sweet?
Tak sweet tak ape-lah.

Teeheeee!

Monday, March 19, 2012

Ya Allah,

Telah aku.
Bilang pada sahabat dan rakan.
Ku bilang jua pada teman dan kawan.

Ku bilang pada ibu dan bapa.
Ku bilang pada kakak abang.

Tapi tak seorang pun bisa; tunai.

Akhir aku di satu simpang.
Ku lihat jalan terang ku mahu kembali padaMu.
Jikalau apa aku pinta pada mereka.
Tidak mereka dengarkan.

Bisakah Tuhan.
Kau makbulkan yang jadi igauan impian.

Selamat malam.

Busy Monday

What a busy Monday today.

Feel full of blessed by Allah. A lot of job been covered as well yeeeha!
And most important part is; today is my third day back to run!

Oh yess!

If nothing wrong with my knee, i'm kinda confident for my first half marathon!

Yabeda bedu!!

Saturday, March 17, 2012

Syukur

Dear Diary,

I received few comments.
Those who read my ceritera umrah said that:

Meremang baca all the story;
Sangat sedih sampai mengalir airmata;
Terasa seperti nak pergi juga and alami apa yang saya alami;

Maka saya bersyukur jika kalian; kerana dengan cerita ini kalian merasakan seperti indahnya apa yang saya alamil maka benar saya akui; memang indah dan indahnya sukar ditafsir dengan lidah. Bayangkan jikalau kalian menjadi saya dan ini doa kalian, maka kalian tahu dimana letak hati kalian yang pada dasarnya begitu jujur membiaskan kata-kata ada Dia;

Berseorangan tiap ketika mentafsir hidup;
Mencari diri; mengakui kebesaran Ilahi.

Cerita yang saya bariskan;
Yang saya susun tiap-tiap bait kata-kata semalam hari ini dan mungkin masih akan saya cerita pada masa sekian-sekian; adalah bukan semata yang saya reka;
Tapi itu yang saya madahkan ketika di sana berdepan dengan Dia.

Sedangkan berdoa saya pada orang lain pun tersedu-sedan; apatah lagi taat tika saya berdoa untuk diri sendiri, ibu bapa dan adik beradik;

Terasa seolah berdetak gugur berderai jantung bilamana jatuh menyentuh lantai.

Ada saat saya bilang pada Dia; saya merayu gelisah resah meminta tolong;
Buangkan sihir yang ada dari kepala hingga ke hujung kaki; yang dikenakan pada seorang kenalan sehingga ubun-ubun saya kerapkali disentuh oleh mereka yang lalu-lalang pada masa doa saya hamburkan, sehingga kata mereka dalam bahasa sendiri;

"Usah risau; ALLAH akan makbulkan doamu!"

Bila mana pula; ada minit-minit ketika jam dunia mengengsot dan awan berarak mendung;

Kata saya: Jangan izinkan adik-beradik aku disakiti dan menyakiti; dizalimi dan menzalimi, didusta dan mendustai. Kerna Kau lebih tahu Ya Allah, cubit paha kanan aduh terasa sehingga ke paha kiri. maka itu kasih sayang aku terhadap adik-beradikku maka aku lebih percaya Kau lebih sayangkan mereka dari aku, maka lindungi mereka hingga hari akhir mereka Ya Allah. Ikatkan hati-hati kami denga rasa kasih sayang yang terlalu tinggi dan jangan ya Allah Kau jadikan kami antara satu sama lain; cemburu mencemburui. Jikalau ada sedetik Ya Allah, gantikan ia dengan ikatan kasih sayang yang tak bertepi.

Bayangkan jikalau kalian yang ucapkan doa-doa ini.

Tidak kah tidak akan mengalir air mata, usah bohong.

Dan sehingga saat ini bila ada yang katakan;

Amalina; aku dah bayar booking umrah. Terasa seperti ingin mengalir airmata ini menyatakan tanda syukur bila sahabat-sahabat terjemput.

Malah ada yang tanyakan; Bagaimana boleh aku pergi sorang.
Kata aku: akan, satu hari kau rasa, bilamana tidur malam gelisah; lalu kau bangun tunaikan solat. akan, satu hari nanti bila tiap apa yang kau lakukan akan kau teringatkan 'Di Sana' dan saat solatmu seperti kau memandang Kaabah, ketahuilah; itulah yang aku rasa.

Kata rakan; aku mahu rasa seperti itu macam kau rasakan.
Kata aku; Insyaallah, Allah izinkan ia berlaku padamu wahai sahabat

Dan.
Alamilah semua apa yang aku alami.

Ya Allah, jemput lah mereka yang mengenali diri ini, yang kepingin amat mahu mendekati.

Dan;
Berikan mereka rasa yang lebih hebat dari apa yang Kau berikan aku rasa.
Berikan mereka lindungan kasih sayang malah lebih hebat semasa keberadaan aku disana.
Izinkan mereka bertemu kekasih Mu dan izinkan mereka mencium bau Raudhah Ya Allah.

Maka kiranya kau sudi makbulkan doa aku;
Akulah wanita paling bahagia biar tidak punya wang berjuta.

Terima kasih Ya Rabb,
Untuk kenangan,
Untuk memori indah,
Untuk segala-galanya;

Termasuk pemberian ketika Tawaf dan Saie!
Sehingga aku menangis teresak kerana bukan bangga.

Tapi MALU yang amat sehingga menikam dada. !

Single

Dear Allah,

I don't know and I'm not so sure why.
Most of them doesn't believe that I have no one.
And even they keep asking; who's the closest I have now.

And I said; No, I don't even have one;
My hp hardly make a sound.

And if it has, it's only a call from parents, siblings, nieces, and other family member.

I wish I could say: oh yes, i have a boyfriend. And Creating a story just like; we are getting engage about a month from now, and maybe in June 12' we are getting married.

Oh, what a fairytale.

But then, Allah..
As I recite in my prayer.
Always; and most of the time.
This would be one of my wishlist.

I highly hope you will, one day.
Send someone from heaven.
A person that willingly share his parents with me.
A person that willingly share his tears and joys with me.
A person that willingly share his knowledge experience and every single thing between
A person that i can say to everyone we meet on the street;

Oh Salam; this is my husband.

And most of all Dear Allah, I wish: You let me and him see at the best time;
The one that I saw in front of Kaabah when he was with his parents;

I deadly forgot about him when I came back home.
And only thought about him one day after my Maghrib prayer.

And until now; I still remember his face.

Who's the person Ya Allah, only you know.

Friday, March 16, 2012

Bukit Puchong

Dah banyak bulan tak lari i mean road run and also pegi gym
Asik enjoy food and langsung tak control
of course it will effect my performance

Hari ni cuma dapat lari 30min itupun slow jog je
Okla tu kot
Lepas tu sambung dengan panjat bukit kat belakang rumah

Fuh.
Nampak nye kena start balik all the routine ni.
And also kena strict on diet.
Kalau tak jadi Panda la nampaknya.
Haha.
The most dangerous part is dekat lengan of course.
Haha, macam body builder gitu kan.

Ni semua pictures taken masa tengah beraktiviti konon tu kan, ha cane?



Konon kan, da ready dah nak naik. Masa ni lepas lari-lari manja gitu kan.
And yet, lutut masih sakit, cane nak wat HM? sigh >.<



THE TRAIL






Rumah saya yang nampak bumbung tu. (:




Baru sampai beberapa minit, Jemah dah mengah la bang. Abang la sangat, hoh!

Ni baru second time naik.
Total masa turun naik hari ni, kura-kura sikit kan, so ade dalam 1hr30min jugak.
Last time buat 1 hr je.
And next challenge, nak teroka further, since they said ade anak sungai kat sini.
I mean anak sungai yang bersih.

So Diary, till see again k, Jemah nak buat keroje jap. Muah!
Assalamualaikum!

Save The Earth

16th March 2012.

I reached LCCT @ 545 in the morning.
I spot one guy dressed up so well and nice like educated and professional.

He threw rubbish while walking at the parking bay.
Marah?
Sudah tentu saya marah.
Bukan marah, more to regret.

There's a lot of dustbin and out of nowhere you can throw the rubbish on the road.
Excuse me, apakah?

Come on, if this is our attitude then how we as an adult going to teach kids?

Let's save the earth everyone!

TBC, Insyaallah.

Planetarium Negara









Tuesday, March 13, 2012

Habislah (:

Macam mana ni
Semua orang tak percaya
Saya tak ada 'siapa-siapa' pun

Betul
Memang tak ada sorang pun

Gelisah.

Masa kat Makkah, makcik Sel tanya;

Sel: Kau ade boyfriend dah?
A'ina: Takde makcik, seko-seko je saya ni ah
Sel: Bohongla takde, takkan la takde, tipulah
A'ina: Makcik, kita kat Makkah lah, mana boleh bohong
Sel: A'a ye tak ye jugak
A'ina: Pape r makcik, orang cakap taknak caya, tapi tu la. lepas balik je saya dah ready nak nikah ni, cari calon tak jumpa-jumpa ni
Sel: Macam-macam kau, ade la tu nanti tu

xoxo!

Monday, March 12, 2012

Lot of hugs and kisses !
xoxo!

Sunday, March 11, 2012

Antara Peluang dan Nikmat

Tak semua orang berpeluang
Peroleh nikmat menjadi isteri
Tak semua orang berpeluang
Peroleh nikmat menjadi suami
Tak semua orang berpeluang peroleh nikmat mengandung dan melahirkan
Tak semua orang berpeluang peroleh nikmat menyambut kelahiran nyawa baru
Justeru merasai nikmatnya perasaan menjadi ayah dan ibu

Tak semua orang berpeluang
Peroleh nikmat hidup sendirian di atas kaki sendiri yang tiap tika hanya menumpang kudrat Ilahi

Untuk satu-satu hal pun yang berlaku, semuanya nikmat.
Yang sedih, yang perih, yang getir gentar hatta yang jatuh duduk bangun

Andai dalam hati ada rasa syukur
Menghirup udara Dia yang tidak pernah diminta bayar

Hadapi dengan tenang
Selagi berpeluang
Untuk nikmat salah satu di atas
Selekoh tajam aku lalui
Perjalanan melebihi marhalah aku tempuhi
Namun masih aku tak temui

Lalu, kata Tuhan.
Sabarlah, Aku tahu apa yang aku hitungkan untuk kamu

Masih walaupun aku hina dina tapi aku tanya lagi dan lagi
Bila Tuhan?

Kata Dia;

Sedang, Aku datangkan dia padamu.

Tanya aku lagi, kapan Ya Allah?

Jawab Dia yang tinggi kasih sayang: Rahasia semua ada pada Aku, tak perlu kau hamba yang tak punya apa persoalkan apa yang aku jadikan.

Aku kelu, diam tunduk lalu bisu.
Pecah darah urat nadi aku.

KLIA Story



Rasanya belum story lagi. On 3rd March bila reach KLIA kan, amikla kot 3-4keping pics.
Then nak kena bayar parking, i took out my purse and suddenly my cousin tak bagi i bayar the parking fee kan ~.~

Then, the purse tu i letakkan dekat ruang handbag di trolley. Lepas tu tolak lah trolley tu sampai ke parking.

Angkat semua bag then trolley tu letak je kat situ.
My cousin yang drove the car terus pergi rumah makcik.
Masa kat rumah makcik, dah siap2 makan dah kenyang ookk.

Then, teringatla dekat sorang abang ni dimana waktu landed, dia bagi dia punya kad and dia mintak call dia i mean like just to have minum2 petang gitu dimana dia cakap:

"kalau tak call, then jumpa mana-mana, kira tak kenal" (:

I grabbed my sling bag and tengok2 purse wasnt in!
Turun pergi cari kat kereta and still dalam kereta takde pun.

when we both look back at the pictured we were snapped, sekali clearly nampak my purse was on trolley. oh man.

apa lagi terus pecut pegi balik ke KLIA ;( bayangkan! so hectic.

dengan area usj jamm, sangatla berdebar. i kept saying to my cousin that we need to speed sbb my purse is still there. yakin kot (: and also dalam pada perjalanan tu, memang terkumat kamit baca doa sound like this;

Allahumma anta salam
waminka salam
wa’ilaika ya’udu bissalam
fahayyina robbana bissalam
wa adkhilna jannata darussalam
wata’alaika yaa zaljalaali wal ikram

Two things that crossed my mind were;
1. Kalau duit semua hilang, means that Allah nak sucikan harta aku
2. Kalau duit masih ada, perlu bersyukur sebab makna kata semua harta sudah disucikan dan duit yang ada di dalam purse sememangnya sudah BERSIH sangat-sangat.

And i told my cousin we need to stop at the same parking!
and yes he did! bila dah entered the parking floor, i shouted. That's my trolley!

terus pecut pergi dekat trolley and Alhamdulillah! the purse was there without anyone taking anything from it. and all the money tak terusik pun Alhamdulillah!

and guess what, of course trolley2 yang lain pun ada kat situ lebih kurang 5 buah trolley. Allah telah mengaburi pandangan orang lain dan menyelamatkan harta yang ada di dalam.

My purse was there about 1hr 45min. Allah maha Kaya dan aku menumpang kekayaan tersebut. Love, xoxo.

Saturday, March 10, 2012

Semoga Gugurnya Dosa

Tiap kali saya memasuki masjidil haram.
Saya doakan;

Ya Allah, kau gugurkan satu persatu dosa yang ada pada aku.
Aku mohon, kau berkati dan rahmati aku.

Dan, tatkala ingin keluar dari masjidil haram.
Doa saya;

Ya Allah, kau bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki untuk aku.

Itu doa saya; di dalam bahasa melayu 'je.

Dan apabila saya menerima sms dari seorang kawan bila dia menyatakan tentang kehidupan dia, kata saya:

"Banyakkan solat dan zikir; istighfar.
Allah itu sifatNya Maha Pengampun, Dia Maha Pengasih dan Penyayang. Yakinlah pada Dia dan Dia takkan pernah akan tolak doa hamba-hambaNya"

Kalian percayalah.
Hanya Dia yang pabila kita buat dosa, lantas kita memohon ampun seikhlas hati tak mahu ulangi, insyaallah akan diampunkan dosa-dosa.

Bersangka baiklah pada Dia, insyaallah ganjarannya hebat dan mantap.
Amin.

Friday, March 9, 2012

kalau ada masa,
amalina tulis lagi ya.
love.

Maaf, cuma mahu berkongsi

semua orang membuat silap.
tapi, apa tindakan kita bila kita membuat silap?

sebab itu saya selalu kata.
jaga solat.

dimana saya juga sukar untuk bersolat.
tapi apa tindakan saya?
hari-hari saya memujuk.
pujuk apa?
pujuk hati.
saya hantarkan signal dari medula oblongata (kalau tak silap) sampai ke hati.
hari-hari saya buat begitu.

lama-lama, tubuh jasad bergerak.
solat terjaga, insyaallah mantap dari hari ke hari.

dan;
bila ada orang bilang.
"sukarnya nak bertudung! panas etc"
my approach is: tak apa kalau skrg tak mahu, tapi jaga solat biar perfect; lama-lama percayalah akan sendirinya terarah untuk bertudung.

apa yang menyebabkan saya menulis hal ini?
saya risau.
ibu-bapa sudah kembali ke rahmatullah.
tapi anak-anak yang ditinggalkan, solat tak tahu kemana, maksiat siang malam malah zakat apatah lagi. langsung tak ambil tahu
jadi, saya terfikir: apa yang ditanggung oleh ibubapa di 'dalam' sana?
pada saya jawapan yang paling sesuai adalah; tak tertanggung.

betulkan?

saya selalu berdoa, janganlah Allah ambil Islam dan Iman dari dalam hati saya.
sebab nanti bila kedua ibu dan bapa mati.
kesian mereka.
saya doakan lidah saya basah dengan zikrullah.
fasih mengalunkan bahasa-bahasa al-quran.

itu sahaja hadiah yang tinggal untuk mereka.

dan ingat,
semoden mana pun ibu bapa.
suruhlah anak-anak bersolat.

kata bapa saya: solat itu wajib. tak kira di mana duduk, wajib bersolat.

kalau ibu bapa sewaktu masih hidup tak pernah minta (suruh) anak-anak solat?
apa lagi penyelamat kalian bila sudah meninggalkan dunia dengan meninggalkan anak-anak tanpa agama.

dan inilah maksud saya; anak-anak adalah apa yang ibu bapa tinggalkan.
jikalau islam yang diterapkan islam lah dia.
jikalau tidak; sebaliknya lah.

terpulang.
tapi saya mohon, anda, saya dan kalian.
bisa perbaiki.
dari hari ke hari.
insyaallah.

Oh Hati Jangan Kau Merajuk Dengan Raudhah !

Di dalam Masjid Nabawi adanya Raudhah.
Dikatakan sebagai taman syurga dimana ia terletak di antara Makam Rasul Allah dengan mimbar.

Jemaah perempuan dilarang membawa camera.
No-no pictures in Raudhah or even in Masjid Nabawi sekalipun.
I have no idea why.
Mungkin menganggu.
Yela, berbeza mazhab berbeza pe'el.

Enjoy pictures below. Thanks Mr. Google, i like!








Raudhah di bahagian jemaah lelaki dibuka terus.
Tapi untuk bahagian perempuan, dalam sehari hanya 3 kali waktu dibuka, morning, noon and night.

Terlalu ramai jemaah perempuan kepingin nak solat dalam Raudhah, and of course Raudhah sangat sesak. I experienced bad thing as well. When we were first entered Raudhah, Me, Yuzi, and her mom were split from Mutawwifah. I'm totally out of my mind what doa i would wanna say, i'm blank! sbb keadaan sangat teruk dan diorang mazhab berbeza seolah mcm meraung kesedihan ;(

Yuzi told me; Amalina, saya ikut awaklah.
since i'm alone, so i holding her hands tight. she's pregnant! I was in the middle and her mom was on my right. poor wan, dia pun kena tolak-tolak.

at one point, we are about reach saf depan kan, tiba-tiba we were pushed from back and guess what?

"kitorang serentak jatuh ke belakang, and jatuh atas orang yang sedang sujud"

bayangkan! i'm so terkejut and terus nangis, i wasnt expected this would happen. betul~~

bila dah emosi sambil nangis-nangis, i said: takpelah tak dapat solat 2 rakaat tak dapat doa pun, cukuplah Allah tahu kita datang. cukuplah Rasulullah tahu kita datang. Jomlah kita keluar, i taknak solat kalau keadaan macam ni, cukuplah Allah makbulkan doa-doa i di depan Kaabah! masa tengah nangis-nangis ni, 2-3 orang jemaah lain usap kepala i masa diorang lalu depan i, huk sedih ~~

(Ya Allah, serious memang emosi tahap infiniti ! )

Suddenly, lepas je cakap mcm ni; laluan tiba2 lengang. and tak tahu lah macammana dengan tak de orang tolak-tolak and melintas di depan, terus i cakap: kita dapat solat ni Yuzi.

Terus Yuzi, i and wan dapat solat, Ya Allah. Sangat macam rezeki, terharu bagai semua ada. (malu dengan Yuzi and wan pun ade, sbb emosi sangat kot ! ) hihi
And alhamdulillah dapat berdoa sekalian.

Bila keluar dari Raudhah, bagitau Yuzi, i nak solat sujud syukur sbb dapat solat sunat dalam Raudhah tadi. Then, at the end of the day dapatlah kitorang balik hotel dengan masih, rasa syukur ada dalam hati. Apatah lagi, Raudhah berbau wangi, dan sampai sekarang bau wangi menusuk menguatkan semangat untuk hidup sehari-hari.

nota kaki: kalau sekarang jumpa Yuzi, boleh tak nak pakai purdah sbb malu sangat2 mcm budak2 je nangis. yela, mau tak nangis kite datang jauh-jauh kematu buntut kite duk dalam flight takkan kite nak lepaskan peluang mcm tu je bercinta di dalam Raudhah ~~

Dan esoknya, saya mencuri peluang seorang diri pagi-pagi ke Raudhah.
Usai solat sunat Dhuha 12 rakaat.
Saya tadahkan tangan;

Ya Allah, aku dah nak balik lusa nanti.
Aku nak lagi ke RaudhahMu Ya Allah, bolehkan Ya Allah?
Izinkan aku menciumi bau Raudhah lagi.
Izinkan aku berdoa dengan ikhlas, jujur dan khusyuk di dalam Raudhah.
Maka akulah hamba Mu yang paling percaya, tidak akan ada doa yang akan Kau tolak bila aku ucapkan di pintu syurga yakni yang terletak antara mimbar Rasul kekasihMu dan Makamnya.

Indah dunia.
Dapat bersolat 2 rakaat di saf paling depan.
Tanpa ada sesiapa melintasi hatta menolak diri.
Dan Alhamdulillah syukur atas ruang-ruang yang dikepong Malaikat.
Dapat saya sebut satu persatu nama mereka yang berkirim salam pada Rasul Allah.

"mereka berkirim salam padaMu Ya Rasullullah dan pada Allah aku mohon melaluimu, kau jemputlah mereka sekalian datang menziarahi makammu"

Ya Allah mustajab doa ana Ya Allah.


Dan malam ketika, little acha (zasya zainal) nak pergi Raudhah.
Saya bawa niat.
Saya nak berdoa dan sujud sahaja.

"Ya Allah, izinkan aku ke RaudhahMu untuk aku mohon doa kali terakhir di situ dan aku cuma mahu bersujud mengambil bau Raudhah untuk aku kenang sehingga aku kembali ke dunia aku Ya Allah, izinkan aku ya Ya Allah"

Alhamdulillah, buat kali ketiga, bau Raudhah menusuk sanubari dan bila tiba aku di dunia, masakan tidak mengalir airmata ini tatkala rindu pada Raudhah,
Apa bisa kalian terjemah perasaan ini?

Ga bukan?


Berdoalah dengan hati ~

Antara Tawaf dan Stoking

I assume that no one or less people read my page.
Thus, still i wanna touch about my umrah.
InsyaAllah, in near future you will experience the same feeling i did. Amin.

When i reached home (usj6), i unpacked my bag.
I saw few pairs of my socks in the bag. The socks that I used for my Tawaf.

dekat socks tu ada lekat putih-putih, i dont know how to put my words; sorry yaw.

SEE The Socks!



and guess what,

i'm deadly crying !

Rindu!

The Face

chak !
I hope and i wish.
I pray that;

Those non-muslim who always asking me about Islam will, one day revert to Islam.

And I pray to my friends who just revert, please keep your faith high.
Amin.

Trust me, Allah will be always with you. xoxo love!

Wanginya Perkuburan Syuhada


Melawat perkuburan syuhada dimana 70 orang para syuhada meninggalkan dunia kerana terkorban di dalam Perang Uhud.

Kubur dimana menempatkan Singa Allah; Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dadanya dirobek dan hatinya turut dimakan oleh Hindun iaitu isteri Abu Sufyan.

Tentera Islam sepatutnya terus menanti di atas bukit sehingga Rasul memberikan arahan.




Oleh kerana yakin telah menang, maka tentera Islam turun dari bukit untuk mengambil harta dan senjata Orang Musyrik, lalu masa itulah segala tombak dan panah dilempari oleh si kafir!

Dalam perang uhud ini, sehinggakan Rasul pun turut tercedera di pipi dan patah gigi Baginda. Rasul turut jatuh dan rebah.

Di saat tertusuknya bau wangi kasturi dari kuburan itu (BENAR-BENAR WANGI !) Ustaz Omar membaca doa sebelum kami berlalu pergi.

Hati yang sememangnya sedikit tersentuh dengan penceritaan ini akhirnya tak dapat menampung air mata!

Ada bait-bait doa yang dilafazkan oleh Ustaz Omar adalah sama dengan bait-bait doa aku pada Dia. Dan hatiku terlintas;

Sampai hati mereka lakukan ini pada Rasullullah; kekasih Allah yang didalam doa aku sebut:

"Ya Allah, letakkan aku di dalam doa Rasullullah, dan izinkan Rasulullah menjadi saksi ketika aku di Padang Masyhar saat menunggu giliran untuk dihitungkan amal amalan!"

Thursday, March 8, 2012

Kekal Dalam Ingatan, Tak Mungkin Kan Hilang

PICTURES TAKEN IN DUBAI





what a long transit in Dubai.
Soon after we need to catch a flight to Jeddah; i said "Ya Allah, beberapa jam lagi akan kita bertentang mata, tunggu Amalina datang Ya Allah, tunggu!"




Wanginya Raudhah pertama kali menciumi,
Hingga hari ini tersemat di hati,
Akan Za'faran wangian kesukaan kekasihMu Rasulullah S.A.W


Hamba-hamba Allah membanjiri Masjidil Haram








Most of the time i was alone. i just need to be alone. the eyes shows how much i cried. it just the feeling that flows.. oh tuhan, sungguh indah bersamaMu, bilakan dapat kita bersama lagi.

Next Lepaking Place

I'm thinking to have a rest at Pangkor maybe.
Alone?

Tengoklah siapa-siapa nak ikut.
Otherwise, sorang-sorang insyaallah should be ok.


PICTURE OF TELUK SEGADAS


kan best kalau ade oram tersayam.

'syg, packing baju yok, naik genting jap makan strawberry'
'syg, masuk keta skg kita pecut gi redang'
'syg, esok turun Bandung jap nak minum Teh Botol (boleh?)

macam-macam!

Wednesday, March 7, 2012

Kenangan Umrah

1. PICTURES
nak uploads pics.
tapi semacam error je ni the SD card.
Oh, saddis !

2. CERITERA
Mungkin saya akan menceritakan itu ini tentang umrah saya, kata orang perasaan gembira tu masih belum habis! yela, masih berada di dalam 40hari yang penuh keberkatan; kata orang. Saya minta maaf kalau anda terasa seperti saya membangga diri atau apa-apa. Tak ada niat langsung di hati ini.

3. CITA-CITA
Sungguh saya bercita-cita ingin datang lagi ke sana! sehinggakan saya berkata pada hari terakhir saya di Baitullah.

Ya Allah, insyaallah, kalau pulang aku ke dunia dan ada rezeki lebat yang Kau berikan, kita akan jumpa lagi ya Allah. Bila saat saya menyambung kata; Ya Allah, aku dah nak pulang dah ni nak menuju Madinah bertemu kekasihMu Rasullullah. Aku mohon biarlah hanya dakapan kita yang terlerai di Bumi Makkah ini ya Allah, dan bukannya kasih sayangMu pada aku. Janganlah kau menjauh dari aku, bila telah aku sampai ke dunia aku.

Hanya Dia yang tahu, remuk redam hati saya berpisah dengan Baitullah. Mungkin ini kenangan pertama kali, jadi sedihnya lain macam sekali!

sehingga saya memohon maaf dengan Ilahi;

Ya Allah, mana yang terkurang terlebih ibadah aku disini, aku harap Kau tolonglah tampung dan tanggung. Aku minta maaf jikalau keberadaan aku disini tidak sesempurna mana seperti yang Kau harapkan.

Memang benar, kesemua doa saya, saya menggunakan hati. Alhamdulillah, buku panduan yang diberikan hanyalah semata-mata sebagai panduan. saya cuma menggunakan buku tersebut sepenuhnya ketika tawaf wida' sahaja demi menampung mana-mana doa yang ketinggalan. Saat Tawaf Wida', hanya Dia yang tahu sakitnya berpisah cinta dengan Ilahi!

4. Sharing is Caring
Terkebetulan, saya ada contact seorang kakak selepas pulang dari umrah.
Dia ni x-colleague masa dekat ASMA.
She will be leaving for umrah as well next week maybe on 11th March. So kakak ni ajak jumpa sebab nak tanya tips etc ttg pakaian, route trip, place to visit etc.
Then kitorang jumpa lah after work last tuesday 6th March. A lot of things yang shared dengan dia sampai dia siap terharu-haru bagai. (ye ke kak terharu? tiihi)

the most important things i told her was; doalah gunakan hati. melalui hati kita dapat rasa kasih Ilahi lebih dekat lagi. dia kata; doa saya sungguh berbunga-bunga.

then saya cakap, memanglah sbb saya tak reti nak formal-formal ni. kekok.
then the night before went to bed; dia sms: akak nak cuba berdoa berbunga - bunga macam kau!

Saya reply: cubalah, pasti ada rasa perbezaannya!
Saya perempuan yang bahagia, bila saya dapat berkongsi apa saja ilmu yang saya ada.
Amin.

Ada doa sebelum mati saya semasa saya di Makkah, insyaallah akan dimakbulkan Ilahi.

Amin.

5. Turkiye!
Orang-orang Turki merata-rata tempat di dalam Masjidil haram.
Kanan Turki, kiri Turki, belakang Turki, depan Turki, Subhanallah.
Saya ni orang kata saya kelakar. Saya kata diri saya, biasa-biasa saja.
Jadinya, kamu tahu orang Turki ni badan dia besar-besar belaka.
Satu hari di dalam masjidil haram, saya membaca quran dan seorang Turki disebelah saya mengusap pipi saya. saya senyum. bila penat kering tekak membaca, saya berhenti seketika kerna orang Turki tu seperti mahu berbicara.

Turki: datang dengan siapa?
Amalina: sorang diri dengan travel agency
Turki: Suami?
Amalina: Belum kahwin saya ni. Wish will get married after pulang dari umrah.
Turki: your name?
Amalina: Amalina.
Turki: ok, let me recite you a prayer.
then dia berdoa. i hug her since she told me that im her daughter and she is my mother. funny!
Amalina: kenapa Turki semua gemuk2?
Turki: Turki kuat makan.
Amalina: oic, i did some gesture like; sambil tidur makan, sambil mandi makan, sambil jalan makan. Turki tu gelak besar. Dia bagi address dia di Turki minta sy dtg ke sana. Insyaallah, ada rezeki. tempat tinggal dan makanan yang halal full support, amin!



di sana rata-rata kesemua Turki menyukai orang malaysia. kata diorang orang malaysia tak sekasar orang turki, haimeh? hihi.

Paling saya tak lupa sampai sekarang. satu malam usai solat maghrib. saya mencapai alquran yang saya letakkan dlm sling bag. i read the quran. Turki (again!) di sebelah berbaring. (mereka sungguh kuat tidur, tak tahu kenapa) saya membaca al-quran dan tibatiba dia tepuk peha saya sambil isyarat; kuatkan sikit bacaan awak, saya nak dengar. so that saya kuatkan sikit bacaan saya. bayangkan. bila saya kuatkan sedikit bacaan, dia terus bangun dan mengaji bersama! Masya Allah. saya memandang kiblat sedangkan dia tidak. langsung saya meminta dia untuk juga memandang kiblat. dan kami mengaji bersama! masa tu that turki tak pakai spec, mungkin dia rasa aura membaca alquran, dia kemudian mencapai spek dan kami menghabiskan kalimat-kalimat Yassin bersama-sama! Subhanallah.


6. Kasut !

2 pasang sepatu saya hilang di sana. Saya tak merungut, tapi saya tersenyum simpul. haha! Dalam satu hari saya hilang 2 sepatu. sepasang selepas zuhur dan sepasang lagi selepas asar. haha. mana saya letak? saya letak macam tu je dekat pintu besar. tak masukkan dalam kantung pun. mak saya cakap: hebat betul kau jemah. kan ma da pesan letak dalam kantung bawak masuk dalam masjid. saya cakap malasla ma, byk barang nanti nak bawa. sebenarnya hari yang hilang tu merupakan hari ke berapa saya disana. pada awalnya letak kat situ, tak pernah pun hilang. sekali hilang hamik kau terus 2 pasang dalam satu hari:

kata saya: oh Ilahi, nampaknya Kau mahu aku datang lagi!

untuk hari seterusnya saya terpaksa bawa kasut dalam kantung dan saya sangkut di tiang berdekatan ruang saya solat. kadang2 saya sangkut je disitu dan saya bersolat di lain-lain ruang yang jauh. sbb tiang tempat saya sangkut is on my way back to pintu utama berdekatan Marwah. so sweet hilang kasut. (: tiihiii.

oh ya, lagi satu pasang kasut hilang di masjid nabawi. (:
saya tak larat nak berjalan tanpa alas kaki, langsung saya ambil je selipar jepun di rak dan saya kata: Ya Allah, aku tahu kau sedang lihat tapi aku tak larat ni nak jalan tak pakai kasut nanti tapak kaki sakit. selipar ni aku pinjam kejap je nanti asar aku datang hantar balik ye. janji.

semasa perjalanan pulang ke hotel saya beli sepatu baru. naik ke hotel terus pergi makan. selesai makan saya pergi semula ke masjid sbb nak habiskan baca quran. dan of course menunaikan janji, saya letakkan semula selipar jepun tempat yang diambil. usai solat asar... jeng3.

saya tengok sepatu yang saya baru beli tu hilang, seriously, gelak besar but then miracle happen! sepatu yang hilang semasa zuhur tadi, ade balik. kah3. kelakar!

total sepatu hilang 3 pasang dan sememangnya saya niat sedekah. mana tahu akan saya jumpa sepatu tu semula next year amin!

7. Gurau-gurauan di Makkah!

Semasa di Makkah, rata-rata semuanya diam. Mungkin menjaga lidah dan bibir agar tak terlebih kata. tapi, saya ni sememangnya bising. cuma saya letakkan istighfar dalam hati. Alhamdulillah, semua selamat.

Mereka tak berani sangat nak bersuara sehinggakan the most funny part is; lauk dah habis dan diorang tak cakap ape pun.

masa que, bila it was my turn, i terus shout (frequency yang boleh diterima) saying:
"abang, daging dah habis ke, saya tak sempat makan pun~~"
abang: eh, dah habis ye.
Amalina: dah habis pun, sampai hati tak simpan pun utk Amalina
abang: ade lagi la, nanti abang letakkan.

orang belakang dan orang hadapan: nasib baik amalina tanya! haha.

Tapi memang, berkenaan dengan hati, saya dari sini sudah berdoa: Ya Allah, peliharalah akal dan hati aku dari berkata atau terlintas yang bukan-bukan. Semua orang kata kalau kat sana terus Kau bagi cash, maka aku mohon janganlah sekali-kali kau lalaikan hati aku Ya Allah. saya juga selalu berkata:

Ya Allah, aku ni sememangnya begini. suka bercakap, suka bergurau. Mana-mana gurauan yang terlebih kau maafkan aku ya Allah, jangan Kau berikan dugaan yang tak mampu aku tanggung. sebab, yelah, aku manusia biasa ya Allah. Peliharalah aku dan letakkan aku dalam jagaanMu. Amin.

again, mungkin sbb saya ke sana seorang diri. jadi sy sememangnya byk berdoa.
sikit-sikit berdoa sikit-sikit berdoa. (: tapi doa sungguh sweet. memang terasa sangat2 sampai ke Ilahi.

Antaranya: Ya Allah, aku dah nak keluar dari bilik nak menuju masjidil haram bersolah, kau peliharalah perjalanan aku ni ya Allah, letakkan aku di dalam pemerhatianMu. Amin.

jauh masjidil haram ke hotel : 500metres. (: sambil berjalan pandang ke langit melihat kebesaran yang maha esa!

Umrah - Part 3:Saie

Selesai tawaf.
Mutawwif dah pesan, pada mana-mana yang terlepas semasa tawaf.
Perlu tunggu di lampu hijau.
Saya selesai tawaf, langsung saya tunggu di lampu hijau dan ternyata orang lain seorang pun tak ada. saya mohon, biarlah saya berjumpa mereka di situ juga.

kemudian, tak lama seorang demi seorang jemaah yang juga terlepas datang.
sungguh, saya langsung tak fokus pada saie secara teori.
Jadi saya tak tahu pada siapa saya perlu berharap.
Kemudian Fazliana and famili kebetulan ada disitu, saya minta izin untuk melakukan bersama dengan famili dia. Sempat lagi berborak. Masih, terkejut dia mendengarkan saya datang seorang diri!

Ini adalah Bukit Marwah. Saie perlu dilakukan 7 kali bermula dari Bukit Safa sehingga Bukit Marwah. Untuk Saie, saya menghadiahkan Rasullullah S.A.W dan mereka yang telah kembali ke rahmatullah dengan bacaan Yassin. Sempat 2 kali bacaan disertai doa pengakhiran. Tiap kali sampai di Bukit Safa dan Marwah pasti saya akan berdoa. Dan saya percaya, doa itu mustajab dengan izin Allah.


Sungguh saya terhibur dengan Sa'ie dan entah kenapa mungkin masih ada tenaga, langsung tak terasa penat. Alhamdulillah, 7 pusingan itu terus menerus dilakukan. Sunat.

Selesai Bersaie, terus bertahallul.
Semasa bertahallul, emak Fazliana tolong pegangkan buku. Sbb saya memang tak fokus pada teori saie pun before. tapi alhamdulillah. dalam pukul 11pg, selesai umrah pertama dan terlepaslah dari pantang larang ihram. ! (:

Umrah - Part 3 : Tawaf

MAIN POINT OF BAITULLAH.


Bermula dengan Tawaf.
Mutawwif bawa ramai jemaah.
Dan.
Saya terlepas dari diorang.
Saya fikir: nak kejar atau apa?

kalau saya kejar; saya akan mengambil risiko.
1. Terhengsot bahu kiri. Dimana bahu kiri tidak boleh "terusik/teralih" ke kiri atau kanan. Kalau tak, batal tawaf.
2. Sedikit merempuh orang ramai.
Dimana saya taknak tertolak mereka. kerana saya taknak diri saya ditolak juge.

maka akan hal ini, saya berkeputusan melakukan seorang diri dan saya percaya Dia sedang menguji dan melihat.

sehinggalah pada satu point itu, Kak Salma: kakak yang menegur saya di airport tadi, tiba-tiba memegang erat tangan saya. Mungkin dia tahu saya berseorangan. Dan beberapa minit kemudian, saya dan dia juga terlepas dan saya terus menyelesaikan tawaf seorang diri. (:

Bila berseorangan itu, lebih indah. Menghayati segenap pelosok langit-langit. Tak henti saya memohon maaf dan ampun dari Dia.

aku tahu ya Allah, aku dulu hatinya cukup lalai, leka dengan perhiasan dunia dan hiburan entah bila kan habisnya. Dan aku ingin sucikan dosa - dosa aku disini, Kau gugurkan lah ya Allah dosa ini satu-persatu atas kerana sifat Mu yang penuh dengan kasih sayang itu. Aku tahu, tak mungkin aku kan dapat memasuki syurgaMu ya Allah, tapi masakan aku sanggup mengenakan tubuh aku dengan bakaran api neraka. Maka aku mohon ya Allah, izinkan aku jua akhirnya ke syurga.

terlalu banyak doa-doa aku titipkan semasa tawaf. Dan aku yakin Dia dengar, Dia lihat. dan aku mohon untuk tiap titisan airmata ini menyentuh bumi Makkah, izinkanlah ia semuanya menjadi sebab saksi di hari 'esok' . Amin.

Insyaallah, tawaf ini diterima oleh Allah S.W.T

Tawaf awal pagi, tak ramai orang. Banyak ruang-ruang lengang.



Dah selesai tawaf sunat masa ni.

Umrah - Part 2

Bila masa Visa dah approved.
Saya lah hamba yang paling gembira.
Takkan ada yang sukar bila sudah tercatit nama kita dalam guest list Dia!
Indahnya Ya Allah.

17th Feb - 20th Feb
saya pulang ke kampung untuk berjumpa adik beradik dan sanak saudara.
Rupanya ada sanak saudara yang tidak tahu saya mahu pergi ke sana. Hurm (:
Tak apa, umrah sahaja, bukan Haji. jadi saya pun tak ada buat apa-apa makan2 di rumah.

cukup solat hajat bersendirian untuk memohon keselamatan semasa keberadaan di sana.

20th Feb.
Flight from KB to KL with mom and dad.
I was actually tak bagi diorang hantarkan. Tapi diorang kesiankan saya: diorang cakap: takpelah pergi hantar, kesian husband pun tak da lagi takkan awak nak pergi KLIA sorang2. ups, touching you olls! Turun dari rumah dengan bacaan doa-doa tertentu, Masyaallah. Saya rasa seperti sungguh terpelihara dan dijaga!

21st Feb.
Jam 1230pm dah gerak from USJ. On our way to KLIA, we dropped by at Petronas to perform solah. we reach KLIA at 120pm. Masa tu semua jemaah dah berkumpul.
Saya bersalam-salaman dengan jemaah yang ada. Semua tanya saya pergi dengan siapa dan saya jawab pergi seorang diri, mereka terkejut, mata bulat.

Mulut kata pergi sendirian tapi dalam hati bilang: ditemani malaikat. Amin!

Hati saya sayu a bit when i saw a lot of family members yang menemani jemaah lain. Dalam hati; nasib mak bapak temankan, if not mau menangis touching-touching u olls! tiihi!

Ketua rombongan memanggil nama satu persatu untuk mengambil pass nama yang digantung di leher. and you know what, mommy punya takde, boleh? air mata dah nak bergenang. cepat-cepat diorang pujuk saying that; takpe pass nama takde, kita check boarding pass ade tak. Alhamdulillah, nasib baik boarding pass ada ;( cuba imagine if boarding pass takde, memang nangis habis !

About 5pm kitorang dah siap checkin dan menunggu nak masuk flight! uuuwhhh ! berdebar. toing toing.

Flight delayed to 740pm, dalam masa tengah menunggu, mommy belek-beleklah the book title: Panduan Umrah dan Ziarah. hish, still baca lagi even tough dah nak gerak?
well ~~ biasala first umrah, macam tak pasti sangat apa yang perlu dilakukan.
Waktu tu, sambil borak-borak dengan jemaah-jemaah lain dan diorang sangatlah baik ok. Mommy suka !!






our routes were like this: KLIA - Brunei - Dubai (bus) Sharjah - Jeddah (bus) - Makkah.

We reach Dubai and spent about 8hrs there. So, kena check in hotel. Hotel yang sangat besar ok, Ya Allah mommy sangat suka! Masa dekat Dubai ber-bestfriend dengan macik-macik dan secara tak langsung mommy bertukar jadi macik. There were Samsiah, Selmah, Fatimah and her son; Adan a.k.a Meor age 25 years old, so dilarang mengorat sebab under age. kah3. ups! sorry Mom Fatimah.






Dubai sangatlah cold a bit mcm Genting about 18degC.We had a view la kejap around Dubai and semua building sangat tinggi mencakar langit tau. And the place sangatlah bersih ok. Semua mat-mat saleh pun pandang because of outfit, semua macam wrap all over the body gitu kan. teehee. excuse me, alhamdulillah tak panas langsung ok. (:








Tibalah masa untuk kita gerak from Dubai to Sharjah Airport by Bus. I felt the adrenaline rush bila each point end. kan? Waiting for the flight to Jeddah, Ya Allah. sungguh berdebar dan debaran itu kian terasa. Bila dah masuk dalam perut kapal terbang, makin berdebar, dan masa tu mommy duduk sebelah Makcik Rahimah. Masa tu sangatlah mengantuk sampai pesan dekat Makcik Rahimah: Makcik kejutkan Amalina untuk berniat, tak tahan sangat ngantuk ni.

Then i heard announcement yang kita dah memasuki Qarnul Manazil. Miqat point for jemaah yang memasuki terus ke Makkah. Terasa seperti lain je perasaan tersebut. Lepas niatperlahan-lahan membaca talbiah seorang diri dan akhirnya sehingga tertidur.

~~ngantuk~~

Bila dah sampai di Jeddah, dan setelkan urusan Immigration, masa tu berkenalan dengan Kak Salma and her family : Ayah Mus a.k.a Boboi, Akid a.k.a Adik and also Aqilah a.k.a Donut.

Nasib baiklah semua orang di sekeliling; mungkin menuju ke arah satu kiblat. Maka mereka semua beramah mesra gitu. Jadi mesti sebut; Alhamdulillah. (:

Bayangkan perjalanan yang memakan masa berjam-jam, dan kemudian sudah sampai ke final checkpoint. Masyaallah. Bila dah keluar dari Jeddah Airport tu kami menaiki Bus untuk ke Makkah, dan di dalam bus, adanya tazkirah. Masa tu duduk di sebelah nenek; dia suruh panggil dia Wan.

Sepanjang perjalanan mendengar tazkirah air mata bercucuran. bukan kenapa, seperti tak percaya sudah sampai di Kota Haram Makkah.

Dan, perlu ingat:
Kita datang kerumah Allah dengan membawa dosa terpalit tebal. Dan sepanjang di rumahnya terlalu baik Dia melayan kita, apa yang kalian rasa? Tidakkah ada rasa
'terusik' yang menyentuh kalbu gitu kan. Jiwang.

Percayalah, saat kaki menyentuh Bumi Makkah, akan wujud perasaan lain ! Lantas aku berdoa: Ya Allah, datang ku hanya sorang menyatakan rindu kasih aku dan aku tunjukkan padaMU Ya Allah kepercayaan aku pada MU, maka aku mohon, peliharakah aku sepanjang aku berada di rumahMu. Itulah kata aku saat kaki mencecah tanah di depan hotel sejurus turun dari bus! Masyaallah.

Semua jemaah perlu check in dulu, dan usai semua, kami menjalani ibadah umrah yang pertama pada pukul 8pagi. Hanya Dia yang tahu apa rasa hati, tatkala mata tertumpu pada bongkah hitam di tengah lautan dibanjiri manusia. Aku memandang langit dan berkata hati aku: Terima kasih Ya Rabbul-Jalil!

TUNGGU AKU SAMPAI YA ALLAH!





Lihat kawasan sekitar menyinari Baitullah. Dan pandanglah bongkah hitam itu, dimana hamba kesemuanya mengarah ke satu kiblat. !

Umrah - Part 1

Seumur hidup saya.
Tak pernah saya sangka akan menunaikan umrah pada umur yang agak muda iaitu 28tahun.
Pada maksud saya, menggunakan rezeki yang dikurniakan Ilahi dengan kudrat sendiri.
(dengan menumpang kudrat Ilahi, masih !)

Saya masih ingat ketika tahun 2007, saya sudah mula bekerja.
Saya tidak menyimpan niat pun untuk tunaikan umrah.
Kemudian, pada tahun 2008 ketika berpindah kerja di sebuah O&G company, saya memasang niat.

"insyaallah, dengan duit kerja ini, aku nak guna untuk tunai umrah"

setelah bekerja dengan O&G selama 3tahun, dan pada saat ini berkemungkinan besar duit sudah sangat-sangat cukup untuk melunaskan perbelanjaan di sana; saya kemudiannya mengambil keputusan besar yakni : menunaikan umrah sepertimana saya janji ingin lakukan. Allah Maha Mendengar.

Bila saat hati sudah terikat, saat-saat ingin tidur, membaca al-quran, bersolat, hatta melakukan apa saja, pasti minda dan hati saya tertumpu pada Baitullah. Inilah yang saya rasa! Dan, pasti air mata saya jatuh berguguran seorang diri.

sepanjang tahun 2011; saya berdoa: Ya Allah, andai benar mahu aku jadi tetamu Mu, jemputlah aku datang ya Allah, jemputlah aku datang penghujung tahun ini.

Bila rasa ingin datang ke rumah Allah terlalu kuat, saya lantas membayar deposit kepada travel agency, itupun sekadar minimum RM500. Hal ini berlaku dalam bulan Nov 11 sejurus saya pulang outstation dari Labuan. Saya hanya meminta izin kedua ibu-bapa untuk pergi dan mereka mengizinkan. Inipun dalam visa saya, travel agen meletakkan orang lain sebagai mahram (Ustaz Saidon)! Apakan daya kerana pergi saya seorang diri disaksikan Ilahi dan ditemani Malaikat kiri dan kanan!

Saya sungguh percaya hal itu !

Persiapan saya untuk menjadi tetamu Allah tidaklah banyak mana, tetapi saya menjaga yang wajib yakni solat dan juga menutup aurat. inipun sukar! oleh itu saya sentiasa berdoa. berdoa dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Persiapan yang lain, saya turut melunaskan hutang antara manusia; antara sahabat-sahabat. sebab apa? sebab saya tak nak perkara-perkara kecil ini mengganggu ibadah saya ketika di sana, apatah lagi pergi saya seorang diri dan tidak ada yang lain akan menjaga saya kecuali ALLAH! maka dengan itu saya lunaskan hutang saya.

1. RM 10 dengan Amirrul Asyraf
Padahal dia dah mention dia halalkan tapi tetap saya byr kerna terasa 'terikat'

2. RM60 hutang dictionary dengan Teacher Normala when i was 16 years old!
Melilau saya cari no tel beliau untuk jelaskan hutang. Itulah, nakal sangat! Dan saya sebenarnya tak pernah guna dict. tersebut sbb saya tahu tak berkat hihi.

3. Ganti Calculator seorang sahabat
Masa di UMT, saya pinjam calculator dia, nak dijadikan cerita saya baru pertama kali pinjam dan calculator tu jatuh dan pecah. Boleh? yang kelakar, bila saya call dia before i left for umrah, dia bagitahu saya: calculator dia pecah lagi ! haha.

ini adalah sekecil-kecil benda yang saya langsaikan sebelum keberangkatan saya. Dan kebanyakan waktu mmg saya memohon maaf atas kekasaran bahasa / keceluparan mulut dan juga kelaseran mulut ni.

Alhamdulillah, semasa keberangkatan, saya merasakan 'bersih'. Alhamdulillah!

Buat pengetahuan semua, Visa saya hanya approved pada hari Jumaat 17th Feb sedangkan saya perlu bertolak pada 21st Feb. Berdebar? Mestilah.

Dalam waktu itu saya kerap berdoa, dan setiap kali usai solat; pasti saya akan bertalbiah 7 kali ! untuk menyatakan kesungguhan saya mahu kesana.

Monday, March 5, 2012

Baitullah

Dulu.
Pernah saya dan kita semua merasakan rasa rindu.
Dan rindu pada entah mana-mana jejaka.
Membuatkan kita luka, parah, sedih, hingga terlerai dada.

Tapi.
Hari ini saya rasakan.
Rasa rindu pada sang jejaka.
Tidaklah seperit mana
Tidaklah seluka mana
Tidaklah sesedih mana
Jikalau saya bandingkan kerinduan saya pada Baitullah!

Ya Allah.

Umrah - Persiapan

1. Persiapan Barang-barang.
Tak banyak persiapan yang dibuat.
Sebab mungkin barang-barang persiapan semua buat sendiri.
Dahla pengalaman pun tak de kan.
pulak tu pergi sorang-sorang.
Terasa seperti; ala, ok la ni barang-barang dah cukup kot.
Ubat langsung tak bawa.
Bawa minyak cap kapak je.
Sekali betul kat sana, sakit!
Tapi tak berat mana pun, semua mintak dengan Allah untuk sembuhkan.
Especially bila migrain datang sebab banyak nangis!
Langsung bagitahu dekat Allah.

Ya Allah, sakit ni kepala aku, boleh tak kalau Kau ambil sakit ni balik, kesian kat aku, berdenyut je. Aku tak bawa ubat pun ya Allah, sebab semua aku harapkan Kau.
Nanti aku sapukan zam-zam, kau tarik balik ya sakit ni ya Allah. Amin.

Alhamdulillah, beberapa kali sapu kepala dengan air zam-zam, sakit pun hilang.
Hebat tak hebat kuasa Allah, masakan tak hebat? Sungguh, dia layan kita dengan penuh kebaikan!

2. Persiapan Solat
Kalau boleh, kalau boleh la kan. Lakukanlah solat-solat sunat disamping peliharalah yang wajib itu. Benar, sebelum pergi, hanya beberapa kali saya bangun solat tengah malam, kenapa? sebab mengantuk yang amat, tak boleh nak concentrate. semasa doa pun boleh tertidur, apatah lagi ketika sujud.

Maka dengan itu, saya byk gantikan ianya dengan solat sunat sebelum dan selepas fardhu. Yakni melakukan, sunat taubat, istikharah, dan juga hajat. Dan tidak lupa juga saya tetap berdoa. Itu sebabnya saya kata: Doa itu Senjata Orang Mukmin! Insyaallah tergolonglah saya dan anda yang membaca rentetan ini ke dalam golongan mereka yang mukmin, Amin.

Apa yang saya doakan? Ya Allah, sungguh kenapalah tak larat sangat mata ni Ya Allah, nak solat dan beribadah kepadaMu waktu malam, maka aku harap semua solat-solat sunat yang aku lakukan tiapkali sebelum dan selepas fardhu tu, kau terima lah ya Allah. Aku tahu solat-solat tu semua tak seberapa ya Allah, tapi Kau tahu dimana kejujuran aku dan keikhlasan aku beribadat padaMu. Kalau kau tak terima, kesiannya kat diri aku ya Allah. Nanti bila aku jadi tetamu Mu, janganlah di sana kau asik kan aku dengan tidur yang lena dan berpanjangan serta makan yang terlalu kenyang hingga lalai ibadah aku pada Mu ya Allah. Kalau lah kau izinkan ini berlaku ya Allah, akulah hamba yang paling hina, maka aku mohon atas sifat kasih sayangMu yang terlalu tinggi, peliharalah aku ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang rajin bersolat. Amin.

Kalian tahu, langsung disana (Makkah) saya hanya tidur 2jam! paling lama 2jam 30minit. Saya tersedar dan saya berfikir, aku disini tak lama, kenapa mahu tidur lama-lama. Memang akal dan tubuh lengsung mengarah ke Masjidil Haram.

3. Pembayaran Hutang
Bayarlah ya hutang anda hatta RM0.50 sen! Bukan apa, tak mahu nanti disana ada apa-apa masalah. Jauh kita merantau, mendaki gunung bukit bukau, tapi di sana tersekat amal-amalnya. Untuk apa? maka mohon pada Ilahi:

Ya Allah, ingatkan apa yang aku lupa, tentang hutang - hutang aku bersama manusia. Aku tak mahu ada apa-apa hatta sekecik zarah yang mengganggu aku untuk beribadah padaMu. Andai ada dosa aku antara manusia, kau tanggunglah untuk aku ya Allah. Andai banyaknya dosa aku lakukan selama ini, maafkan aku ya Allah, aku manusia biasa, yang leka yang alpa. masakan aku tidak membuat dosa. Tapi aku mohon Ya Allah, berikan aku tunjuk, berikan aku ajar, agar aku tergolong dalam orang yang terpelihara imannya. Amin

4. Antara Doa-doa sebelum ke sana
Memang benar saya sangat banyak berdoa.
kenapa?
sbb saya pergi sorang-sorang tak ada yang menemani.
dan saya sangat berserah diri pada Ilahi.
hanya Dia yang tahu kenapa saya pergi seorang diri. hanya dia, bukan kalian.

Ya Allah, aku tahu yang Kau memang tahu pergi aku seorang diri.
Maka lihatlah ya Allah betapa aku hambaMu yang sorang ini, sungguh berbaik sangka padaMu.
Aku tahu pergi aku bawa banyak dosa dan aku teringin mohon maaf padaMu dan mohon ampun padaMu.
dan aku yakin bila terlalu aku baik sangka padaMu ya Allah, akan kau pelihara aku sebaik-baiknya di sana.
Ya Allah, aku percaya pada kewujudan Mu dan aku percaya bila Kau kata kau ada Malaikat yang Kau cipta. Maka ya Allah, aku ini bukan siapa-siapa istimewa di sisiMu tapi aku mohon, kau izinkanlah Malaikat-malaikat Mu menemani aku di kiri dan kananKu supaya tidak sekali-kali aku ditolak, dirempuh oleh manusia lain yang berbondong-bondong datang padaMu.
Aku percaya yang aku akan dipelihara dan terjaga, beritahu juga ya Allah, pada Rasullullah, kekasihMu. Akan aku datang menziarahi pusara baginda. Bilang sama dia ya Allah, Amalina mahu datang menjengah. Amin.


Salah satu doa saya ketika di dalam Hijir Ismail saat dapat menunaikan sunat 2rakaat.
Ya Allah,
Jadikan aku kaya raya dan mahsyur.
Tapi jangan sekali-kali kau tarik iman dan islam dari dalam hati aku.
Tetap jadikan aku sebagai pembayar zakat yang hebat dan jadikan aku pembela anak-anak yatim seperti Ummar Al-Khatab; jangan kau izinkan aku menzalimi mereka dan menyentuh harta hak mereka.

Dan saat itu terus bibir saya terlintas mendoakan sepupu yang sudah lama kepingin anak. kata saya:

Ya Allah,
Andai dapat kau berikan Adam 40,000 zuriat sebelum wafatnya beliau, kurniakanlah sepupu aku Zarina hatta walau seorang pun untuk menemani dia saat dia sunyi merindukan hilai tawa tangis si anak. Jikalau Kau berkuasa memberikan zuriat pada Maryam sedangkan Maryam tidak pernah disetubuhi oleh mana-mana lelaki, aku mohon padaMu ya Allah, berikan sepupu aku Zarina roh yang Kau tiupkan ke rahim dia. Hanya Kau yang berkuasa Ya Allah, maka layaklah tidakkan pernah ada sekutu yang dapat menyaingi Mu dan layaklah Arasy itu dimiliki Mu wahai Tuhanku Allah Yang Maha Agung!

Saya mohon pada kalian yang mungkin membaca rentetan ini, mohonlah pada Allah.

Ya Allah, Kau mustajabkanlah doa-doa Amalina saat keberadaan dia di Makkah dan Madinah. Sungguh dia tak punya apa-apa, tapi kau hitungkanlah tiap keihklasan saat dia berdoa pada dirinya dan juga hamba-hambaMu yang lain. Kau makbulkan tiap doa-doa Amalina semasa di Multazam, Pancur Mas, Hijir Ismail dan juga tiapkali dia melintasi Rukun Yamani. Amin.


Thanks to all who read this!

Baitullah

Alhamdulillah.
Syukur nikmat Allah Yang Maha Esa.
Dapat saya menjejakkan kaki ke bumi Allah.
Tanah yang amat Rasulullah cintai dimana tidak akan Baginda berginjak sekiranya tidak diusir oleh para kafir. Lalu, di Gua Thur Rasullullah bersembunyi.

Penerbangan bermula dari KLIA, menyinggah ke Dubai, bergerak ke Sharjah menaiki Bas kemudian terus terbang ke Jeddah.

Menyusuri jalan-jalan menuju ke Bumi Makkah hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya rasa hati.
Tatkala sayup-sayup melaungkan takbirullah.
Airmata berguguran.
Lihatlah dunia! berbondong-bondong manusia menuju ke satu kiblat.
Betapa besar kuasa Allah, maka layaklah Dia takkan pernah ada sekutu dan hanya Dia yang punyai Arasy yang agung!

~bercinta, bermanja, berpeluk dengan Ilahi~