Saturday, March 10, 2012

Semoga Gugurnya Dosa

Tiap kali saya memasuki masjidil haram.
Saya doakan;

Ya Allah, kau gugurkan satu persatu dosa yang ada pada aku.
Aku mohon, kau berkati dan rahmati aku.

Dan, tatkala ingin keluar dari masjidil haram.
Doa saya;

Ya Allah, kau bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki untuk aku.

Itu doa saya; di dalam bahasa melayu 'je.

Dan apabila saya menerima sms dari seorang kawan bila dia menyatakan tentang kehidupan dia, kata saya:

"Banyakkan solat dan zikir; istighfar.
Allah itu sifatNya Maha Pengampun, Dia Maha Pengasih dan Penyayang. Yakinlah pada Dia dan Dia takkan pernah akan tolak doa hamba-hambaNya"

Kalian percayalah.
Hanya Dia yang pabila kita buat dosa, lantas kita memohon ampun seikhlas hati tak mahu ulangi, insyaallah akan diampunkan dosa-dosa.

Bersangka baiklah pada Dia, insyaallah ganjarannya hebat dan mantap.
Amin.

No comments:

Post a Comment