Friday, March 9, 2012

Maaf, cuma mahu berkongsi

semua orang membuat silap.
tapi, apa tindakan kita bila kita membuat silap?

sebab itu saya selalu kata.
jaga solat.

dimana saya juga sukar untuk bersolat.
tapi apa tindakan saya?
hari-hari saya memujuk.
pujuk apa?
pujuk hati.
saya hantarkan signal dari medula oblongata (kalau tak silap) sampai ke hati.
hari-hari saya buat begitu.

lama-lama, tubuh jasad bergerak.
solat terjaga, insyaallah mantap dari hari ke hari.

dan;
bila ada orang bilang.
"sukarnya nak bertudung! panas etc"
my approach is: tak apa kalau skrg tak mahu, tapi jaga solat biar perfect; lama-lama percayalah akan sendirinya terarah untuk bertudung.

apa yang menyebabkan saya menulis hal ini?
saya risau.
ibu-bapa sudah kembali ke rahmatullah.
tapi anak-anak yang ditinggalkan, solat tak tahu kemana, maksiat siang malam malah zakat apatah lagi. langsung tak ambil tahu
jadi, saya terfikir: apa yang ditanggung oleh ibubapa di 'dalam' sana?
pada saya jawapan yang paling sesuai adalah; tak tertanggung.

betulkan?

saya selalu berdoa, janganlah Allah ambil Islam dan Iman dari dalam hati saya.
sebab nanti bila kedua ibu dan bapa mati.
kesian mereka.
saya doakan lidah saya basah dengan zikrullah.
fasih mengalunkan bahasa-bahasa al-quran.

itu sahaja hadiah yang tinggal untuk mereka.

dan ingat,
semoden mana pun ibu bapa.
suruhlah anak-anak bersolat.

kata bapa saya: solat itu wajib. tak kira di mana duduk, wajib bersolat.

kalau ibu bapa sewaktu masih hidup tak pernah minta (suruh) anak-anak solat?
apa lagi penyelamat kalian bila sudah meninggalkan dunia dengan meninggalkan anak-anak tanpa agama.

dan inilah maksud saya; anak-anak adalah apa yang ibu bapa tinggalkan.
jikalau islam yang diterapkan islam lah dia.
jikalau tidak; sebaliknya lah.

terpulang.
tapi saya mohon, anda, saya dan kalian.
bisa perbaiki.
dari hari ke hari.
insyaallah.

No comments:

Post a Comment