Friday, March 9, 2012

Oh Hati Jangan Kau Merajuk Dengan Raudhah !

Di dalam Masjid Nabawi adanya Raudhah.
Dikatakan sebagai taman syurga dimana ia terletak di antara Makam Rasul Allah dengan mimbar.

Jemaah perempuan dilarang membawa camera.
No-no pictures in Raudhah or even in Masjid Nabawi sekalipun.
I have no idea why.
Mungkin menganggu.
Yela, berbeza mazhab berbeza pe'el.

Enjoy pictures below. Thanks Mr. Google, i like!








Raudhah di bahagian jemaah lelaki dibuka terus.
Tapi untuk bahagian perempuan, dalam sehari hanya 3 kali waktu dibuka, morning, noon and night.

Terlalu ramai jemaah perempuan kepingin nak solat dalam Raudhah, and of course Raudhah sangat sesak. I experienced bad thing as well. When we were first entered Raudhah, Me, Yuzi, and her mom were split from Mutawwifah. I'm totally out of my mind what doa i would wanna say, i'm blank! sbb keadaan sangat teruk dan diorang mazhab berbeza seolah mcm meraung kesedihan ;(

Yuzi told me; Amalina, saya ikut awaklah.
since i'm alone, so i holding her hands tight. she's pregnant! I was in the middle and her mom was on my right. poor wan, dia pun kena tolak-tolak.

at one point, we are about reach saf depan kan, tiba-tiba we were pushed from back and guess what?

"kitorang serentak jatuh ke belakang, and jatuh atas orang yang sedang sujud"

bayangkan! i'm so terkejut and terus nangis, i wasnt expected this would happen. betul~~

bila dah emosi sambil nangis-nangis, i said: takpelah tak dapat solat 2 rakaat tak dapat doa pun, cukuplah Allah tahu kita datang. cukuplah Rasulullah tahu kita datang. Jomlah kita keluar, i taknak solat kalau keadaan macam ni, cukuplah Allah makbulkan doa-doa i di depan Kaabah! masa tengah nangis-nangis ni, 2-3 orang jemaah lain usap kepala i masa diorang lalu depan i, huk sedih ~~

(Ya Allah, serious memang emosi tahap infiniti ! )

Suddenly, lepas je cakap mcm ni; laluan tiba2 lengang. and tak tahu lah macammana dengan tak de orang tolak-tolak and melintas di depan, terus i cakap: kita dapat solat ni Yuzi.

Terus Yuzi, i and wan dapat solat, Ya Allah. Sangat macam rezeki, terharu bagai semua ada. (malu dengan Yuzi and wan pun ade, sbb emosi sangat kot ! ) hihi
And alhamdulillah dapat berdoa sekalian.

Bila keluar dari Raudhah, bagitau Yuzi, i nak solat sujud syukur sbb dapat solat sunat dalam Raudhah tadi. Then, at the end of the day dapatlah kitorang balik hotel dengan masih, rasa syukur ada dalam hati. Apatah lagi, Raudhah berbau wangi, dan sampai sekarang bau wangi menusuk menguatkan semangat untuk hidup sehari-hari.

nota kaki: kalau sekarang jumpa Yuzi, boleh tak nak pakai purdah sbb malu sangat2 mcm budak2 je nangis. yela, mau tak nangis kite datang jauh-jauh kematu buntut kite duk dalam flight takkan kite nak lepaskan peluang mcm tu je bercinta di dalam Raudhah ~~

Dan esoknya, saya mencuri peluang seorang diri pagi-pagi ke Raudhah.
Usai solat sunat Dhuha 12 rakaat.
Saya tadahkan tangan;

Ya Allah, aku dah nak balik lusa nanti.
Aku nak lagi ke RaudhahMu Ya Allah, bolehkan Ya Allah?
Izinkan aku menciumi bau Raudhah lagi.
Izinkan aku berdoa dengan ikhlas, jujur dan khusyuk di dalam Raudhah.
Maka akulah hamba Mu yang paling percaya, tidak akan ada doa yang akan Kau tolak bila aku ucapkan di pintu syurga yakni yang terletak antara mimbar Rasul kekasihMu dan Makamnya.

Indah dunia.
Dapat bersolat 2 rakaat di saf paling depan.
Tanpa ada sesiapa melintasi hatta menolak diri.
Dan Alhamdulillah syukur atas ruang-ruang yang dikepong Malaikat.
Dapat saya sebut satu persatu nama mereka yang berkirim salam pada Rasul Allah.

"mereka berkirim salam padaMu Ya Rasullullah dan pada Allah aku mohon melaluimu, kau jemputlah mereka sekalian datang menziarahi makammu"

Ya Allah mustajab doa ana Ya Allah.


Dan malam ketika, little acha (zasya zainal) nak pergi Raudhah.
Saya bawa niat.
Saya nak berdoa dan sujud sahaja.

"Ya Allah, izinkan aku ke RaudhahMu untuk aku mohon doa kali terakhir di situ dan aku cuma mahu bersujud mengambil bau Raudhah untuk aku kenang sehingga aku kembali ke dunia aku Ya Allah, izinkan aku ya Ya Allah"

Alhamdulillah, buat kali ketiga, bau Raudhah menusuk sanubari dan bila tiba aku di dunia, masakan tidak mengalir airmata ini tatkala rindu pada Raudhah,
Apa bisa kalian terjemah perasaan ini?

Ga bukan?


Berdoalah dengan hati ~

Antara Tawaf dan Stoking

I assume that no one or less people read my page.
Thus, still i wanna touch about my umrah.
InsyaAllah, in near future you will experience the same feeling i did. Amin.

When i reached home (usj6), i unpacked my bag.
I saw few pairs of my socks in the bag. The socks that I used for my Tawaf.

dekat socks tu ada lekat putih-putih, i dont know how to put my words; sorry yaw.

SEE The Socks!



and guess what,

i'm deadly crying !

Rindu!

The Face

chak !
I hope and i wish.
I pray that;

Those non-muslim who always asking me about Islam will, one day revert to Islam.

And I pray to my friends who just revert, please keep your faith high.
Amin.

Trust me, Allah will be always with you. xoxo love!

Wanginya Perkuburan Syuhada


Melawat perkuburan syuhada dimana 70 orang para syuhada meninggalkan dunia kerana terkorban di dalam Perang Uhud.

Kubur dimana menempatkan Singa Allah; Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang dadanya dirobek dan hatinya turut dimakan oleh Hindun iaitu isteri Abu Sufyan.

Tentera Islam sepatutnya terus menanti di atas bukit sehingga Rasul memberikan arahan.




Oleh kerana yakin telah menang, maka tentera Islam turun dari bukit untuk mengambil harta dan senjata Orang Musyrik, lalu masa itulah segala tombak dan panah dilempari oleh si kafir!

Dalam perang uhud ini, sehinggakan Rasul pun turut tercedera di pipi dan patah gigi Baginda. Rasul turut jatuh dan rebah.

Di saat tertusuknya bau wangi kasturi dari kuburan itu (BENAR-BENAR WANGI !) Ustaz Omar membaca doa sebelum kami berlalu pergi.

Hati yang sememangnya sedikit tersentuh dengan penceritaan ini akhirnya tak dapat menampung air mata!

Ada bait-bait doa yang dilafazkan oleh Ustaz Omar adalah sama dengan bait-bait doa aku pada Dia. Dan hatiku terlintas;

Sampai hati mereka lakukan ini pada Rasullullah; kekasih Allah yang didalam doa aku sebut:

"Ya Allah, letakkan aku di dalam doa Rasullullah, dan izinkan Rasulullah menjadi saksi ketika aku di Padang Masyhar saat menunggu giliran untuk dihitungkan amal amalan!"

Thursday, March 8, 2012

Kekal Dalam Ingatan, Tak Mungkin Kan Hilang

PICTURES TAKEN IN DUBAI





what a long transit in Dubai.
Soon after we need to catch a flight to Jeddah; i said "Ya Allah, beberapa jam lagi akan kita bertentang mata, tunggu Amalina datang Ya Allah, tunggu!"




Wanginya Raudhah pertama kali menciumi,
Hingga hari ini tersemat di hati,
Akan Za'faran wangian kesukaan kekasihMu Rasulullah S.A.W


Hamba-hamba Allah membanjiri Masjidil Haram








Most of the time i was alone. i just need to be alone. the eyes shows how much i cried. it just the feeling that flows.. oh tuhan, sungguh indah bersamaMu, bilakan dapat kita bersama lagi.

Next Lepaking Place

I'm thinking to have a rest at Pangkor maybe.
Alone?

Tengoklah siapa-siapa nak ikut.
Otherwise, sorang-sorang insyaallah should be ok.


PICTURE OF TELUK SEGADAS


kan best kalau ade oram tersayam.

'syg, packing baju yok, naik genting jap makan strawberry'
'syg, masuk keta skg kita pecut gi redang'
'syg, esok turun Bandung jap nak minum Teh Botol (boleh?)

macam-macam!

Wednesday, March 7, 2012

Kenangan Umrah

1. PICTURES
nak uploads pics.
tapi semacam error je ni the SD card.
Oh, saddis !

2. CERITERA
Mungkin saya akan menceritakan itu ini tentang umrah saya, kata orang perasaan gembira tu masih belum habis! yela, masih berada di dalam 40hari yang penuh keberkatan; kata orang. Saya minta maaf kalau anda terasa seperti saya membangga diri atau apa-apa. Tak ada niat langsung di hati ini.

3. CITA-CITA
Sungguh saya bercita-cita ingin datang lagi ke sana! sehinggakan saya berkata pada hari terakhir saya di Baitullah.

Ya Allah, insyaallah, kalau pulang aku ke dunia dan ada rezeki lebat yang Kau berikan, kita akan jumpa lagi ya Allah. Bila saat saya menyambung kata; Ya Allah, aku dah nak pulang dah ni nak menuju Madinah bertemu kekasihMu Rasullullah. Aku mohon biarlah hanya dakapan kita yang terlerai di Bumi Makkah ini ya Allah, dan bukannya kasih sayangMu pada aku. Janganlah kau menjauh dari aku, bila telah aku sampai ke dunia aku.

Hanya Dia yang tahu, remuk redam hati saya berpisah dengan Baitullah. Mungkin ini kenangan pertama kali, jadi sedihnya lain macam sekali!

sehingga saya memohon maaf dengan Ilahi;

Ya Allah, mana yang terkurang terlebih ibadah aku disini, aku harap Kau tolonglah tampung dan tanggung. Aku minta maaf jikalau keberadaan aku disini tidak sesempurna mana seperti yang Kau harapkan.

Memang benar, kesemua doa saya, saya menggunakan hati. Alhamdulillah, buku panduan yang diberikan hanyalah semata-mata sebagai panduan. saya cuma menggunakan buku tersebut sepenuhnya ketika tawaf wida' sahaja demi menampung mana-mana doa yang ketinggalan. Saat Tawaf Wida', hanya Dia yang tahu sakitnya berpisah cinta dengan Ilahi!

4. Sharing is Caring
Terkebetulan, saya ada contact seorang kakak selepas pulang dari umrah.
Dia ni x-colleague masa dekat ASMA.
She will be leaving for umrah as well next week maybe on 11th March. So kakak ni ajak jumpa sebab nak tanya tips etc ttg pakaian, route trip, place to visit etc.
Then kitorang jumpa lah after work last tuesday 6th March. A lot of things yang shared dengan dia sampai dia siap terharu-haru bagai. (ye ke kak terharu? tiihi)

the most important things i told her was; doalah gunakan hati. melalui hati kita dapat rasa kasih Ilahi lebih dekat lagi. dia kata; doa saya sungguh berbunga-bunga.

then saya cakap, memanglah sbb saya tak reti nak formal-formal ni. kekok.
then the night before went to bed; dia sms: akak nak cuba berdoa berbunga - bunga macam kau!

Saya reply: cubalah, pasti ada rasa perbezaannya!
Saya perempuan yang bahagia, bila saya dapat berkongsi apa saja ilmu yang saya ada.
Amin.

Ada doa sebelum mati saya semasa saya di Makkah, insyaallah akan dimakbulkan Ilahi.

Amin.

5. Turkiye!
Orang-orang Turki merata-rata tempat di dalam Masjidil haram.
Kanan Turki, kiri Turki, belakang Turki, depan Turki, Subhanallah.
Saya ni orang kata saya kelakar. Saya kata diri saya, biasa-biasa saja.
Jadinya, kamu tahu orang Turki ni badan dia besar-besar belaka.
Satu hari di dalam masjidil haram, saya membaca quran dan seorang Turki disebelah saya mengusap pipi saya. saya senyum. bila penat kering tekak membaca, saya berhenti seketika kerna orang Turki tu seperti mahu berbicara.

Turki: datang dengan siapa?
Amalina: sorang diri dengan travel agency
Turki: Suami?
Amalina: Belum kahwin saya ni. Wish will get married after pulang dari umrah.
Turki: your name?
Amalina: Amalina.
Turki: ok, let me recite you a prayer.
then dia berdoa. i hug her since she told me that im her daughter and she is my mother. funny!
Amalina: kenapa Turki semua gemuk2?
Turki: Turki kuat makan.
Amalina: oic, i did some gesture like; sambil tidur makan, sambil mandi makan, sambil jalan makan. Turki tu gelak besar. Dia bagi address dia di Turki minta sy dtg ke sana. Insyaallah, ada rezeki. tempat tinggal dan makanan yang halal full support, amin!



di sana rata-rata kesemua Turki menyukai orang malaysia. kata diorang orang malaysia tak sekasar orang turki, haimeh? hihi.

Paling saya tak lupa sampai sekarang. satu malam usai solat maghrib. saya mencapai alquran yang saya letakkan dlm sling bag. i read the quran. Turki (again!) di sebelah berbaring. (mereka sungguh kuat tidur, tak tahu kenapa) saya membaca al-quran dan tibatiba dia tepuk peha saya sambil isyarat; kuatkan sikit bacaan awak, saya nak dengar. so that saya kuatkan sikit bacaan saya. bayangkan. bila saya kuatkan sedikit bacaan, dia terus bangun dan mengaji bersama! Masya Allah. saya memandang kiblat sedangkan dia tidak. langsung saya meminta dia untuk juga memandang kiblat. dan kami mengaji bersama! masa tu that turki tak pakai spec, mungkin dia rasa aura membaca alquran, dia kemudian mencapai spek dan kami menghabiskan kalimat-kalimat Yassin bersama-sama! Subhanallah.


6. Kasut !

2 pasang sepatu saya hilang di sana. Saya tak merungut, tapi saya tersenyum simpul. haha! Dalam satu hari saya hilang 2 sepatu. sepasang selepas zuhur dan sepasang lagi selepas asar. haha. mana saya letak? saya letak macam tu je dekat pintu besar. tak masukkan dalam kantung pun. mak saya cakap: hebat betul kau jemah. kan ma da pesan letak dalam kantung bawak masuk dalam masjid. saya cakap malasla ma, byk barang nanti nak bawa. sebenarnya hari yang hilang tu merupakan hari ke berapa saya disana. pada awalnya letak kat situ, tak pernah pun hilang. sekali hilang hamik kau terus 2 pasang dalam satu hari:

kata saya: oh Ilahi, nampaknya Kau mahu aku datang lagi!

untuk hari seterusnya saya terpaksa bawa kasut dalam kantung dan saya sangkut di tiang berdekatan ruang saya solat. kadang2 saya sangkut je disitu dan saya bersolat di lain-lain ruang yang jauh. sbb tiang tempat saya sangkut is on my way back to pintu utama berdekatan Marwah. so sweet hilang kasut. (: tiihiii.

oh ya, lagi satu pasang kasut hilang di masjid nabawi. (:
saya tak larat nak berjalan tanpa alas kaki, langsung saya ambil je selipar jepun di rak dan saya kata: Ya Allah, aku tahu kau sedang lihat tapi aku tak larat ni nak jalan tak pakai kasut nanti tapak kaki sakit. selipar ni aku pinjam kejap je nanti asar aku datang hantar balik ye. janji.

semasa perjalanan pulang ke hotel saya beli sepatu baru. naik ke hotel terus pergi makan. selesai makan saya pergi semula ke masjid sbb nak habiskan baca quran. dan of course menunaikan janji, saya letakkan semula selipar jepun tempat yang diambil. usai solat asar... jeng3.

saya tengok sepatu yang saya baru beli tu hilang, seriously, gelak besar but then miracle happen! sepatu yang hilang semasa zuhur tadi, ade balik. kah3. kelakar!

total sepatu hilang 3 pasang dan sememangnya saya niat sedekah. mana tahu akan saya jumpa sepatu tu semula next year amin!

7. Gurau-gurauan di Makkah!

Semasa di Makkah, rata-rata semuanya diam. Mungkin menjaga lidah dan bibir agar tak terlebih kata. tapi, saya ni sememangnya bising. cuma saya letakkan istighfar dalam hati. Alhamdulillah, semua selamat.

Mereka tak berani sangat nak bersuara sehinggakan the most funny part is; lauk dah habis dan diorang tak cakap ape pun.

masa que, bila it was my turn, i terus shout (frequency yang boleh diterima) saying:
"abang, daging dah habis ke, saya tak sempat makan pun~~"
abang: eh, dah habis ye.
Amalina: dah habis pun, sampai hati tak simpan pun utk Amalina
abang: ade lagi la, nanti abang letakkan.

orang belakang dan orang hadapan: nasib baik amalina tanya! haha.

Tapi memang, berkenaan dengan hati, saya dari sini sudah berdoa: Ya Allah, peliharalah akal dan hati aku dari berkata atau terlintas yang bukan-bukan. Semua orang kata kalau kat sana terus Kau bagi cash, maka aku mohon janganlah sekali-kali kau lalaikan hati aku Ya Allah. saya juga selalu berkata:

Ya Allah, aku ni sememangnya begini. suka bercakap, suka bergurau. Mana-mana gurauan yang terlebih kau maafkan aku ya Allah, jangan Kau berikan dugaan yang tak mampu aku tanggung. sebab, yelah, aku manusia biasa ya Allah. Peliharalah aku dan letakkan aku dalam jagaanMu. Amin.

again, mungkin sbb saya ke sana seorang diri. jadi sy sememangnya byk berdoa.
sikit-sikit berdoa sikit-sikit berdoa. (: tapi doa sungguh sweet. memang terasa sangat2 sampai ke Ilahi.

Antaranya: Ya Allah, aku dah nak keluar dari bilik nak menuju masjidil haram bersolah, kau peliharalah perjalanan aku ni ya Allah, letakkan aku di dalam pemerhatianMu. Amin.

jauh masjidil haram ke hotel : 500metres. (: sambil berjalan pandang ke langit melihat kebesaran yang maha esa!

Umrah - Part 3:Saie

Selesai tawaf.
Mutawwif dah pesan, pada mana-mana yang terlepas semasa tawaf.
Perlu tunggu di lampu hijau.
Saya selesai tawaf, langsung saya tunggu di lampu hijau dan ternyata orang lain seorang pun tak ada. saya mohon, biarlah saya berjumpa mereka di situ juga.

kemudian, tak lama seorang demi seorang jemaah yang juga terlepas datang.
sungguh, saya langsung tak fokus pada saie secara teori.
Jadi saya tak tahu pada siapa saya perlu berharap.
Kemudian Fazliana and famili kebetulan ada disitu, saya minta izin untuk melakukan bersama dengan famili dia. Sempat lagi berborak. Masih, terkejut dia mendengarkan saya datang seorang diri!

Ini adalah Bukit Marwah. Saie perlu dilakukan 7 kali bermula dari Bukit Safa sehingga Bukit Marwah. Untuk Saie, saya menghadiahkan Rasullullah S.A.W dan mereka yang telah kembali ke rahmatullah dengan bacaan Yassin. Sempat 2 kali bacaan disertai doa pengakhiran. Tiap kali sampai di Bukit Safa dan Marwah pasti saya akan berdoa. Dan saya percaya, doa itu mustajab dengan izin Allah.


Sungguh saya terhibur dengan Sa'ie dan entah kenapa mungkin masih ada tenaga, langsung tak terasa penat. Alhamdulillah, 7 pusingan itu terus menerus dilakukan. Sunat.

Selesai Bersaie, terus bertahallul.
Semasa bertahallul, emak Fazliana tolong pegangkan buku. Sbb saya memang tak fokus pada teori saie pun before. tapi alhamdulillah. dalam pukul 11pg, selesai umrah pertama dan terlepaslah dari pantang larang ihram. ! (:

Umrah - Part 3 : Tawaf

MAIN POINT OF BAITULLAH.


Bermula dengan Tawaf.
Mutawwif bawa ramai jemaah.
Dan.
Saya terlepas dari diorang.
Saya fikir: nak kejar atau apa?

kalau saya kejar; saya akan mengambil risiko.
1. Terhengsot bahu kiri. Dimana bahu kiri tidak boleh "terusik/teralih" ke kiri atau kanan. Kalau tak, batal tawaf.
2. Sedikit merempuh orang ramai.
Dimana saya taknak tertolak mereka. kerana saya taknak diri saya ditolak juge.

maka akan hal ini, saya berkeputusan melakukan seorang diri dan saya percaya Dia sedang menguji dan melihat.

sehinggalah pada satu point itu, Kak Salma: kakak yang menegur saya di airport tadi, tiba-tiba memegang erat tangan saya. Mungkin dia tahu saya berseorangan. Dan beberapa minit kemudian, saya dan dia juga terlepas dan saya terus menyelesaikan tawaf seorang diri. (:

Bila berseorangan itu, lebih indah. Menghayati segenap pelosok langit-langit. Tak henti saya memohon maaf dan ampun dari Dia.

aku tahu ya Allah, aku dulu hatinya cukup lalai, leka dengan perhiasan dunia dan hiburan entah bila kan habisnya. Dan aku ingin sucikan dosa - dosa aku disini, Kau gugurkan lah ya Allah dosa ini satu-persatu atas kerana sifat Mu yang penuh dengan kasih sayang itu. Aku tahu, tak mungkin aku kan dapat memasuki syurgaMu ya Allah, tapi masakan aku sanggup mengenakan tubuh aku dengan bakaran api neraka. Maka aku mohon ya Allah, izinkan aku jua akhirnya ke syurga.

terlalu banyak doa-doa aku titipkan semasa tawaf. Dan aku yakin Dia dengar, Dia lihat. dan aku mohon untuk tiap titisan airmata ini menyentuh bumi Makkah, izinkanlah ia semuanya menjadi sebab saksi di hari 'esok' . Amin.

Insyaallah, tawaf ini diterima oleh Allah S.W.T

Tawaf awal pagi, tak ramai orang. Banyak ruang-ruang lengang.



Dah selesai tawaf sunat masa ni.

Umrah - Part 2

Bila masa Visa dah approved.
Saya lah hamba yang paling gembira.
Takkan ada yang sukar bila sudah tercatit nama kita dalam guest list Dia!
Indahnya Ya Allah.

17th Feb - 20th Feb
saya pulang ke kampung untuk berjumpa adik beradik dan sanak saudara.
Rupanya ada sanak saudara yang tidak tahu saya mahu pergi ke sana. Hurm (:
Tak apa, umrah sahaja, bukan Haji. jadi saya pun tak ada buat apa-apa makan2 di rumah.

cukup solat hajat bersendirian untuk memohon keselamatan semasa keberadaan di sana.

20th Feb.
Flight from KB to KL with mom and dad.
I was actually tak bagi diorang hantarkan. Tapi diorang kesiankan saya: diorang cakap: takpelah pergi hantar, kesian husband pun tak da lagi takkan awak nak pergi KLIA sorang2. ups, touching you olls! Turun dari rumah dengan bacaan doa-doa tertentu, Masyaallah. Saya rasa seperti sungguh terpelihara dan dijaga!

21st Feb.
Jam 1230pm dah gerak from USJ. On our way to KLIA, we dropped by at Petronas to perform solah. we reach KLIA at 120pm. Masa tu semua jemaah dah berkumpul.
Saya bersalam-salaman dengan jemaah yang ada. Semua tanya saya pergi dengan siapa dan saya jawab pergi seorang diri, mereka terkejut, mata bulat.

Mulut kata pergi sendirian tapi dalam hati bilang: ditemani malaikat. Amin!

Hati saya sayu a bit when i saw a lot of family members yang menemani jemaah lain. Dalam hati; nasib mak bapak temankan, if not mau menangis touching-touching u olls! tiihi!

Ketua rombongan memanggil nama satu persatu untuk mengambil pass nama yang digantung di leher. and you know what, mommy punya takde, boleh? air mata dah nak bergenang. cepat-cepat diorang pujuk saying that; takpe pass nama takde, kita check boarding pass ade tak. Alhamdulillah, nasib baik boarding pass ada ;( cuba imagine if boarding pass takde, memang nangis habis !

About 5pm kitorang dah siap checkin dan menunggu nak masuk flight! uuuwhhh ! berdebar. toing toing.

Flight delayed to 740pm, dalam masa tengah menunggu, mommy belek-beleklah the book title: Panduan Umrah dan Ziarah. hish, still baca lagi even tough dah nak gerak?
well ~~ biasala first umrah, macam tak pasti sangat apa yang perlu dilakukan.
Waktu tu, sambil borak-borak dengan jemaah-jemaah lain dan diorang sangatlah baik ok. Mommy suka !!






our routes were like this: KLIA - Brunei - Dubai (bus) Sharjah - Jeddah (bus) - Makkah.

We reach Dubai and spent about 8hrs there. So, kena check in hotel. Hotel yang sangat besar ok, Ya Allah mommy sangat suka! Masa dekat Dubai ber-bestfriend dengan macik-macik dan secara tak langsung mommy bertukar jadi macik. There were Samsiah, Selmah, Fatimah and her son; Adan a.k.a Meor age 25 years old, so dilarang mengorat sebab under age. kah3. ups! sorry Mom Fatimah.






Dubai sangatlah cold a bit mcm Genting about 18degC.We had a view la kejap around Dubai and semua building sangat tinggi mencakar langit tau. And the place sangatlah bersih ok. Semua mat-mat saleh pun pandang because of outfit, semua macam wrap all over the body gitu kan. teehee. excuse me, alhamdulillah tak panas langsung ok. (:








Tibalah masa untuk kita gerak from Dubai to Sharjah Airport by Bus. I felt the adrenaline rush bila each point end. kan? Waiting for the flight to Jeddah, Ya Allah. sungguh berdebar dan debaran itu kian terasa. Bila dah masuk dalam perut kapal terbang, makin berdebar, dan masa tu mommy duduk sebelah Makcik Rahimah. Masa tu sangatlah mengantuk sampai pesan dekat Makcik Rahimah: Makcik kejutkan Amalina untuk berniat, tak tahan sangat ngantuk ni.

Then i heard announcement yang kita dah memasuki Qarnul Manazil. Miqat point for jemaah yang memasuki terus ke Makkah. Terasa seperti lain je perasaan tersebut. Lepas niatperlahan-lahan membaca talbiah seorang diri dan akhirnya sehingga tertidur.

~~ngantuk~~

Bila dah sampai di Jeddah, dan setelkan urusan Immigration, masa tu berkenalan dengan Kak Salma and her family : Ayah Mus a.k.a Boboi, Akid a.k.a Adik and also Aqilah a.k.a Donut.

Nasib baiklah semua orang di sekeliling; mungkin menuju ke arah satu kiblat. Maka mereka semua beramah mesra gitu. Jadi mesti sebut; Alhamdulillah. (:

Bayangkan perjalanan yang memakan masa berjam-jam, dan kemudian sudah sampai ke final checkpoint. Masyaallah. Bila dah keluar dari Jeddah Airport tu kami menaiki Bus untuk ke Makkah, dan di dalam bus, adanya tazkirah. Masa tu duduk di sebelah nenek; dia suruh panggil dia Wan.

Sepanjang perjalanan mendengar tazkirah air mata bercucuran. bukan kenapa, seperti tak percaya sudah sampai di Kota Haram Makkah.

Dan, perlu ingat:
Kita datang kerumah Allah dengan membawa dosa terpalit tebal. Dan sepanjang di rumahnya terlalu baik Dia melayan kita, apa yang kalian rasa? Tidakkah ada rasa
'terusik' yang menyentuh kalbu gitu kan. Jiwang.

Percayalah, saat kaki menyentuh Bumi Makkah, akan wujud perasaan lain ! Lantas aku berdoa: Ya Allah, datang ku hanya sorang menyatakan rindu kasih aku dan aku tunjukkan padaMU Ya Allah kepercayaan aku pada MU, maka aku mohon, peliharakah aku sepanjang aku berada di rumahMu. Itulah kata aku saat kaki mencecah tanah di depan hotel sejurus turun dari bus! Masyaallah.

Semua jemaah perlu check in dulu, dan usai semua, kami menjalani ibadah umrah yang pertama pada pukul 8pagi. Hanya Dia yang tahu apa rasa hati, tatkala mata tertumpu pada bongkah hitam di tengah lautan dibanjiri manusia. Aku memandang langit dan berkata hati aku: Terima kasih Ya Rabbul-Jalil!

TUNGGU AKU SAMPAI YA ALLAH!





Lihat kawasan sekitar menyinari Baitullah. Dan pandanglah bongkah hitam itu, dimana hamba kesemuanya mengarah ke satu kiblat. !

Umrah - Part 1

Seumur hidup saya.
Tak pernah saya sangka akan menunaikan umrah pada umur yang agak muda iaitu 28tahun.
Pada maksud saya, menggunakan rezeki yang dikurniakan Ilahi dengan kudrat sendiri.
(dengan menumpang kudrat Ilahi, masih !)

Saya masih ingat ketika tahun 2007, saya sudah mula bekerja.
Saya tidak menyimpan niat pun untuk tunaikan umrah.
Kemudian, pada tahun 2008 ketika berpindah kerja di sebuah O&G company, saya memasang niat.

"insyaallah, dengan duit kerja ini, aku nak guna untuk tunai umrah"

setelah bekerja dengan O&G selama 3tahun, dan pada saat ini berkemungkinan besar duit sudah sangat-sangat cukup untuk melunaskan perbelanjaan di sana; saya kemudiannya mengambil keputusan besar yakni : menunaikan umrah sepertimana saya janji ingin lakukan. Allah Maha Mendengar.

Bila saat hati sudah terikat, saat-saat ingin tidur, membaca al-quran, bersolat, hatta melakukan apa saja, pasti minda dan hati saya tertumpu pada Baitullah. Inilah yang saya rasa! Dan, pasti air mata saya jatuh berguguran seorang diri.

sepanjang tahun 2011; saya berdoa: Ya Allah, andai benar mahu aku jadi tetamu Mu, jemputlah aku datang ya Allah, jemputlah aku datang penghujung tahun ini.

Bila rasa ingin datang ke rumah Allah terlalu kuat, saya lantas membayar deposit kepada travel agency, itupun sekadar minimum RM500. Hal ini berlaku dalam bulan Nov 11 sejurus saya pulang outstation dari Labuan. Saya hanya meminta izin kedua ibu-bapa untuk pergi dan mereka mengizinkan. Inipun dalam visa saya, travel agen meletakkan orang lain sebagai mahram (Ustaz Saidon)! Apakan daya kerana pergi saya seorang diri disaksikan Ilahi dan ditemani Malaikat kiri dan kanan!

Saya sungguh percaya hal itu !

Persiapan saya untuk menjadi tetamu Allah tidaklah banyak mana, tetapi saya menjaga yang wajib yakni solat dan juga menutup aurat. inipun sukar! oleh itu saya sentiasa berdoa. berdoa dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Persiapan yang lain, saya turut melunaskan hutang antara manusia; antara sahabat-sahabat. sebab apa? sebab saya tak nak perkara-perkara kecil ini mengganggu ibadah saya ketika di sana, apatah lagi pergi saya seorang diri dan tidak ada yang lain akan menjaga saya kecuali ALLAH! maka dengan itu saya lunaskan hutang saya.

1. RM 10 dengan Amirrul Asyraf
Padahal dia dah mention dia halalkan tapi tetap saya byr kerna terasa 'terikat'

2. RM60 hutang dictionary dengan Teacher Normala when i was 16 years old!
Melilau saya cari no tel beliau untuk jelaskan hutang. Itulah, nakal sangat! Dan saya sebenarnya tak pernah guna dict. tersebut sbb saya tahu tak berkat hihi.

3. Ganti Calculator seorang sahabat
Masa di UMT, saya pinjam calculator dia, nak dijadikan cerita saya baru pertama kali pinjam dan calculator tu jatuh dan pecah. Boleh? yang kelakar, bila saya call dia before i left for umrah, dia bagitahu saya: calculator dia pecah lagi ! haha.

ini adalah sekecil-kecil benda yang saya langsaikan sebelum keberangkatan saya. Dan kebanyakan waktu mmg saya memohon maaf atas kekasaran bahasa / keceluparan mulut dan juga kelaseran mulut ni.

Alhamdulillah, semasa keberangkatan, saya merasakan 'bersih'. Alhamdulillah!

Buat pengetahuan semua, Visa saya hanya approved pada hari Jumaat 17th Feb sedangkan saya perlu bertolak pada 21st Feb. Berdebar? Mestilah.

Dalam waktu itu saya kerap berdoa, dan setiap kali usai solat; pasti saya akan bertalbiah 7 kali ! untuk menyatakan kesungguhan saya mahu kesana.

Monday, March 5, 2012

Baitullah

Dulu.
Pernah saya dan kita semua merasakan rasa rindu.
Dan rindu pada entah mana-mana jejaka.
Membuatkan kita luka, parah, sedih, hingga terlerai dada.

Tapi.
Hari ini saya rasakan.
Rasa rindu pada sang jejaka.
Tidaklah seperit mana
Tidaklah seluka mana
Tidaklah sesedih mana
Jikalau saya bandingkan kerinduan saya pada Baitullah!

Ya Allah.

Umrah - Persiapan

1. Persiapan Barang-barang.
Tak banyak persiapan yang dibuat.
Sebab mungkin barang-barang persiapan semua buat sendiri.
Dahla pengalaman pun tak de kan.
pulak tu pergi sorang-sorang.
Terasa seperti; ala, ok la ni barang-barang dah cukup kot.
Ubat langsung tak bawa.
Bawa minyak cap kapak je.
Sekali betul kat sana, sakit!
Tapi tak berat mana pun, semua mintak dengan Allah untuk sembuhkan.
Especially bila migrain datang sebab banyak nangis!
Langsung bagitahu dekat Allah.

Ya Allah, sakit ni kepala aku, boleh tak kalau Kau ambil sakit ni balik, kesian kat aku, berdenyut je. Aku tak bawa ubat pun ya Allah, sebab semua aku harapkan Kau.
Nanti aku sapukan zam-zam, kau tarik balik ya sakit ni ya Allah. Amin.

Alhamdulillah, beberapa kali sapu kepala dengan air zam-zam, sakit pun hilang.
Hebat tak hebat kuasa Allah, masakan tak hebat? Sungguh, dia layan kita dengan penuh kebaikan!

2. Persiapan Solat
Kalau boleh, kalau boleh la kan. Lakukanlah solat-solat sunat disamping peliharalah yang wajib itu. Benar, sebelum pergi, hanya beberapa kali saya bangun solat tengah malam, kenapa? sebab mengantuk yang amat, tak boleh nak concentrate. semasa doa pun boleh tertidur, apatah lagi ketika sujud.

Maka dengan itu, saya byk gantikan ianya dengan solat sunat sebelum dan selepas fardhu. Yakni melakukan, sunat taubat, istikharah, dan juga hajat. Dan tidak lupa juga saya tetap berdoa. Itu sebabnya saya kata: Doa itu Senjata Orang Mukmin! Insyaallah tergolonglah saya dan anda yang membaca rentetan ini ke dalam golongan mereka yang mukmin, Amin.

Apa yang saya doakan? Ya Allah, sungguh kenapalah tak larat sangat mata ni Ya Allah, nak solat dan beribadah kepadaMu waktu malam, maka aku harap semua solat-solat sunat yang aku lakukan tiapkali sebelum dan selepas fardhu tu, kau terima lah ya Allah. Aku tahu solat-solat tu semua tak seberapa ya Allah, tapi Kau tahu dimana kejujuran aku dan keikhlasan aku beribadat padaMu. Kalau kau tak terima, kesiannya kat diri aku ya Allah. Nanti bila aku jadi tetamu Mu, janganlah di sana kau asik kan aku dengan tidur yang lena dan berpanjangan serta makan yang terlalu kenyang hingga lalai ibadah aku pada Mu ya Allah. Kalau lah kau izinkan ini berlaku ya Allah, akulah hamba yang paling hina, maka aku mohon atas sifat kasih sayangMu yang terlalu tinggi, peliharalah aku ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang rajin bersolat. Amin.

Kalian tahu, langsung disana (Makkah) saya hanya tidur 2jam! paling lama 2jam 30minit. Saya tersedar dan saya berfikir, aku disini tak lama, kenapa mahu tidur lama-lama. Memang akal dan tubuh lengsung mengarah ke Masjidil Haram.

3. Pembayaran Hutang
Bayarlah ya hutang anda hatta RM0.50 sen! Bukan apa, tak mahu nanti disana ada apa-apa masalah. Jauh kita merantau, mendaki gunung bukit bukau, tapi di sana tersekat amal-amalnya. Untuk apa? maka mohon pada Ilahi:

Ya Allah, ingatkan apa yang aku lupa, tentang hutang - hutang aku bersama manusia. Aku tak mahu ada apa-apa hatta sekecik zarah yang mengganggu aku untuk beribadah padaMu. Andai ada dosa aku antara manusia, kau tanggunglah untuk aku ya Allah. Andai banyaknya dosa aku lakukan selama ini, maafkan aku ya Allah, aku manusia biasa, yang leka yang alpa. masakan aku tidak membuat dosa. Tapi aku mohon Ya Allah, berikan aku tunjuk, berikan aku ajar, agar aku tergolong dalam orang yang terpelihara imannya. Amin

4. Antara Doa-doa sebelum ke sana
Memang benar saya sangat banyak berdoa.
kenapa?
sbb saya pergi sorang-sorang tak ada yang menemani.
dan saya sangat berserah diri pada Ilahi.
hanya Dia yang tahu kenapa saya pergi seorang diri. hanya dia, bukan kalian.

Ya Allah, aku tahu yang Kau memang tahu pergi aku seorang diri.
Maka lihatlah ya Allah betapa aku hambaMu yang sorang ini, sungguh berbaik sangka padaMu.
Aku tahu pergi aku bawa banyak dosa dan aku teringin mohon maaf padaMu dan mohon ampun padaMu.
dan aku yakin bila terlalu aku baik sangka padaMu ya Allah, akan kau pelihara aku sebaik-baiknya di sana.
Ya Allah, aku percaya pada kewujudan Mu dan aku percaya bila Kau kata kau ada Malaikat yang Kau cipta. Maka ya Allah, aku ini bukan siapa-siapa istimewa di sisiMu tapi aku mohon, kau izinkanlah Malaikat-malaikat Mu menemani aku di kiri dan kananKu supaya tidak sekali-kali aku ditolak, dirempuh oleh manusia lain yang berbondong-bondong datang padaMu.
Aku percaya yang aku akan dipelihara dan terjaga, beritahu juga ya Allah, pada Rasullullah, kekasihMu. Akan aku datang menziarahi pusara baginda. Bilang sama dia ya Allah, Amalina mahu datang menjengah. Amin.


Salah satu doa saya ketika di dalam Hijir Ismail saat dapat menunaikan sunat 2rakaat.
Ya Allah,
Jadikan aku kaya raya dan mahsyur.
Tapi jangan sekali-kali kau tarik iman dan islam dari dalam hati aku.
Tetap jadikan aku sebagai pembayar zakat yang hebat dan jadikan aku pembela anak-anak yatim seperti Ummar Al-Khatab; jangan kau izinkan aku menzalimi mereka dan menyentuh harta hak mereka.

Dan saat itu terus bibir saya terlintas mendoakan sepupu yang sudah lama kepingin anak. kata saya:

Ya Allah,
Andai dapat kau berikan Adam 40,000 zuriat sebelum wafatnya beliau, kurniakanlah sepupu aku Zarina hatta walau seorang pun untuk menemani dia saat dia sunyi merindukan hilai tawa tangis si anak. Jikalau Kau berkuasa memberikan zuriat pada Maryam sedangkan Maryam tidak pernah disetubuhi oleh mana-mana lelaki, aku mohon padaMu ya Allah, berikan sepupu aku Zarina roh yang Kau tiupkan ke rahim dia. Hanya Kau yang berkuasa Ya Allah, maka layaklah tidakkan pernah ada sekutu yang dapat menyaingi Mu dan layaklah Arasy itu dimiliki Mu wahai Tuhanku Allah Yang Maha Agung!

Saya mohon pada kalian yang mungkin membaca rentetan ini, mohonlah pada Allah.

Ya Allah, Kau mustajabkanlah doa-doa Amalina saat keberadaan dia di Makkah dan Madinah. Sungguh dia tak punya apa-apa, tapi kau hitungkanlah tiap keihklasan saat dia berdoa pada dirinya dan juga hamba-hambaMu yang lain. Kau makbulkan tiap doa-doa Amalina semasa di Multazam, Pancur Mas, Hijir Ismail dan juga tiapkali dia melintasi Rukun Yamani. Amin.


Thanks to all who read this!

Baitullah

Alhamdulillah.
Syukur nikmat Allah Yang Maha Esa.
Dapat saya menjejakkan kaki ke bumi Allah.
Tanah yang amat Rasulullah cintai dimana tidak akan Baginda berginjak sekiranya tidak diusir oleh para kafir. Lalu, di Gua Thur Rasullullah bersembunyi.

Penerbangan bermula dari KLIA, menyinggah ke Dubai, bergerak ke Sharjah menaiki Bas kemudian terus terbang ke Jeddah.

Menyusuri jalan-jalan menuju ke Bumi Makkah hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya rasa hati.
Tatkala sayup-sayup melaungkan takbirullah.
Airmata berguguran.
Lihatlah dunia! berbondong-bondong manusia menuju ke satu kiblat.
Betapa besar kuasa Allah, maka layaklah Dia takkan pernah ada sekutu dan hanya Dia yang punyai Arasy yang agung!

~bercinta, bermanja, berpeluk dengan Ilahi~