Tak akan dalam hidup aku.
Lupa akan kenangan berasak di Raudhah.
Satu tempat waqaf yang pada kawasannya termaktub:
Itu pintu syurga; apa-apa kamu doa Aku makbulkan: kata Allah.
Dimana?
Di antara Maqam Rasul dan rumah Baginda.
Masih dalam ingatan.
Bila mana terjatuh aku kebelakang tepat di atas hamba lain yang sedang sujud.
Besarnya kuasa Allah.
Hati aku merajuk. Tapi aku tahu tak ada yang mahu pujuk.
Kata aku: tidak apa-apa kalau ga bisa tunai solat 2 rakaat di sini, cukup kalau Rasullullah SAW tahu akan kedatangan aku.
Lebih dari cukup, kalau Allah makbulkan semua permintaan aku tika keberadaan aku di Makkah.
Tuhan,
Ingatan ini jelas.
Teguh seperti ombak dan pantai.
Irama dan lagu boleh dipisah kalau melodi lain disimbah.
Tak sehebat akar tunjang dengan tanah.
Tapi Allah Maha Besar.
Sedu sedan aku menangis tak terlintas apa mahuku; selain berlari meninggalkan taman syurgaMu
Dan kau, yang maha tinggi kasih sayang.
Kau lapangkan ruang, kau jauhkan yang lain menyimpang.
Malunya aku sampai ke tulang melabuhkan punggung menunjakkan telapak kaki.
Sehingga sujud aku ruang itu aku yang punya mana bisa orang lain halang.
Kerna kau Ya Rabbi,
Tahu apa ada dalam hati,
Sama ada yang aku sayang hatta yang aku benci lalu bawa aku sampai mati,
Kau perkenan apa yang aku pinta, saat sujud aku pecah dada aku.
"itu bau Raudhah ya Allah"
bau itu sampai kapan tak bisa aku lupa biar tubuh aku sudah dikafan.
Note: sayang tahun depan jom la tunai haji.
xoxo.
No comments:
Post a Comment