Monday, December 14, 2009

Tips Bahagia Rumah Tangga

Kadang-kadang kawin muda ke, kawen tua ke, kalau Tuhan tetapkan kita akan bahagia, insyaallah kita akan bahagia. Kita sebagai hamba kadang-kala tak tahu nasib hidup sendiri. Walau ape-apepun janganlah kita terlalu persoalkan gambarajah kehidupan ini. Biarkan Tuhan yang menentukan setelah doa kita panjatkan.... Tapi gambar kat bawah ni takde kena mengena pon. Tah mcmn si Fifi ni pulak dah siap nek atas pangku fatherku...haish....biarkan aje...


Title above mengenai tips bahagia rumah tangga. Bila berkahwin, kita masih mempunyai 2 pilihan sama ada nak hidup bahagia atau derita. Maka, lebih baiklah kalau kita pilih bahagia. Bila bahagia datang, hati pun senang. Bila bahagia dikecapi, perut pun makin besar dari hari ke hari. Yelah, sama ada mengalami saat-saat kegemukan ataupun, ke'preggenant'..itu simbol bahagia.. Bila hati bahagia, perut pun membuncit serta terkehadapan. Saat tu, barulah hati runsing semula, kot-kot la pasangan kita cari lain, ye tak? Tapi yang untungnya farmasi-farmasi ler.. sebab mase tu guarantee rak-rak ubat kurus habis dicuci...ngeh3...malasla nak menaip (tolong taip boleh ngak?) bace je la kat bwh ni ye....Baca dan amalkan lah. Insyaallah bahagia itu akan kita temui...

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur
dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Di bawah ni saya sertakan wajah-wajah pasangan yang bahagia...ewah...


Ni gambar Pak Non and bini dia. Pak Non ni 'pok' cheq, makanya secara tidak langsung bini dia 'mok' cheq la na..


Pasangan kedua dimenangi oleh:

Meh nak crita sikit. Ni pulak abang and sis ipar. So, tak payah cakap banyak, tengok gambar ni pon dah tahu dah, bapak bahagia nya diorang. (lihat di perut ye?) nguah3...jangan mare ye?

Quote for today: Someone told me that " bahagia itu ibaratnya si rama-rama, usah terlalu mengejar kerna dia akan lari berterbangan jauh dari kita, biarkan ia jinak sendirian, lama-lama pd kita juga dia hinggap.....alahai, jiwa kacau neh.... Papehal pon, jangan lupe layan video di bawah ni hanya sekadar untuk hiburan... jeng3...

No comments:

Post a Comment