3 hari cuti...Jumaat 11Nov - Ahad 13Nov. Sangat tak tahu ape nak dibuat, hari jumaat perlu menjaga anak-anak buah....ya ampun, si kecik ni sgt nakal. sgt suka mengacau abangnya. Dahla si abang ni lembut je orgnya. Dalam diam-diam abg pun, disepaknya si adik, geram sgt kalu...katenye...huhu....
Hari sabtu, mak bapak diorang dtg amik diorang...yeah, boleh gak aku berenang-renang di tepian katil...kuak rama-rama gitu kan...adus, pejam celik pejam celik dah hari ahad..hurm....tengah hari (ahad tu ler) agak-agak borim sgt, gorengla nasi tuk disumbat kedalam anak tekak ni. Terlanjur kata, nak ke tak resipi nasi goreng ikan masin tu? ek eleh, selekeh betul, bajet org len tak reti nak buat yer? Ah, lantak.... Sediakan bahan-bahan seperti?
i) Bawang putih
ii) Bawang merah
iii) Cili - kalau nak pedas k?
iv) Lauk-lauk seperti:
Ikan masin - dalam peket boleh dalam botol pon boleh
agak-agak nak makan sorang, beli yang dlm peket pune ok, rm3 pon ade. Tp cam lau dalam botol tu mahal sikit. Botol kecik da rm5, botol besar bapakla mahal lagi. Cekik daras/H tol..
ayam/fishball etc - Kalau nak la kan. Tapi sedap ape, sbb banyakkan lauk kan. ngeh3... Tapi certain orang xsuke campur ayam and ikan sbb berbeza ion, it's not good for our kidney. But as for me, i belasah je, lantak....
v) Sayur: ape-ape pon boleh, kangkung ker, sawi ker, lobak ke.
vi) Nak lagi sedap, masukkan adabi kiub perencah ok. Mane-mane pon ok dik, either bilis atau ayam stok. Ok?
Jadi, anak-anak bahan-bahan diatas ini perlu disediakan sebelum memulakan pengembaraan. Ek eleh..tak kan nak wat nasi goreng pon nak kena btau kena sediakan nasi? lalala....Nasik janganla pulak lupe masak syg wes....
Langkah:
1) Tumis i) - iii) sampai naik bau
2) Dah agak-agak naik bau, masukkan pulak ler lauk-pauks sampai agak2 masak
3) Masukkan kiub stok adabi, bila semua dah sebati, masukkan nasi lol.....
4) Kacau-kacau-dan kacau lagi sambil gelek bontot pon ok-senaman what...
5) Masukkan sayur ler....
6) Angkat dan letakkan dlm pinggan..
7) Nak direct makan dalam kuali pon boleh ja...Gasak...
8) Agak-agak kalau menu ni untuk disediakan pada tetamu, maka pandai-pandaila hias sikit2 dengan timun batang yang telah dikupas and also bwg goreng&daun sup untuk ditabur kat ats tu. Nampak mewah and megah gitu kan, bila try je, alamak...hampes. Menitik air mata sbb xsedap...lalalala.....
Tips: Kalau perasan, I xbtau pon kat anak-anak psl garam gula berapa plastik nak kena letak gitu. Well, agak2 la masak ni cukup sekuali size medium, plus anda telah menggunakan ikan masin sebagai garam, and also kiub ayam yang dah well balanced ingredients-gula,garamnya. Maka, you dont have to add any gar/gul anymore. Ok, boleh?
No comments:
Post a Comment