Wednesday, December 23, 2009

Tanya Lain Jawab Lain, Boleh?

Have you ever face this situation? Adui, ape prasaan korang - ok fine kak mona (KM) tau korang xde prasaan sbb hati korang kai bateri triple A. Hahaha....tapi bile berdepan dengan situasi ni mesti korang nak gelak kan? o jangan-jangan...janganla gaduh ok...lantak dier la dia nak jawab lain pun.

Contoh-contoh kes tanya lain jawab lain:

KM tanya kenapa pakai kasut ikat ketat2?
Dia jawab: Sebab tumit kasut ni tinggi sangat

Ya ampun, ape kaitan. Tepuk dahi jela...

KM tanye nak makan tak?
Dia jawab: tengah buat keje ni.
Ok fine. This one is acceptable since he/she response indirectly, maksudnya xnak makan la tu...


Ok fine...sebab aku budus** aku tak nak tolong ko...nah, amik la LUX ni, sorryla Scrub Puteri Binari dah habis la...kecian....


Tapi kan ke pelik, kenapa tak suka bagi jawapan direct. Ibarat kata kalau suka katakan suka, kalau benci katakan benci tidak aku ternanti-nanti. Betul tak anda sekelian..

Untuk entri diatas ni, dalam erti kata lain, kalau mase tu kite dajah 6 and sedang berusaha buat karangan bahasa melayu, akan berlakunya status "karangan di luar tajuk" langsung aku citer ngan ko, aku dpt D ok..D...UPSR bulan 10 karangan kluar tajuk bulan 8 ok...diulangi bulan 8...Shut up! fine...


Amik ko..memang fail....

Saturday, December 19, 2009

My Braces

From Wikipedia;Braces (also known as orthodontic braces, or simply braces) are a device used in orthodontics to align teeth and their position with regard to a person's bite. They are often used to correct malocclusions such as underbites, overbites, cross bite and open bites, or crooked teeth and various other flaws of teeth and jaws, whether cosmetic or structural. Orthodontic braces are often used in conjunction with other orthodontic appliances to widen the palate or jaws or otherwise shape the teeth and jaws. While they are mainly used on children and teenagers, adults can also use them.


Saya tak cantik pon...

Hi...Hope everyone feels good today. Well,this entry title My Braces. Have you ever wonder how do you look like whenever braces is attached on your teeth. Haish, kadang2tu cute sbb boleh letak mcm2 kaler, kadang2 menambahkan lagi bonjolan pd mulut, mcm bruises pun iye.

Actually, kak mona dah lama nak pakai braces since Form 2 lagi. Tapi tak tahulah kenapa asik delay plus ramai sgt org cakap sakit kan.. fuh...menitik peluh, ye r...gigi tu bai...mase dolu2 my mom cabut kan gigi, xde la terasa sakit sgtkan..tapi skang ni bile dah dewasa gitu, mau keras mcm batu gusi ni. Pastu ade hati nak suh gigi slowly move from its socket? sakit oi....

Nak pakai braces ade steps da before betul2 dentist pasangkan besi dawai segala macam...first and foremost refer bwh as kak mona dah outline ikut step dia ok;

1) First time jumpe dentist
- Dia tengok susunan gigi and maybe decide which gigi yang kena cabut. If gigi (either upper/lower line)obviously kedepan and gigi sume rapat-rapat..So, mmg kena cabutla kan? Kdg2 ramai sgt yg tanye, kenape kene cabut? xleh ke kalau xcabut? Sebenarnya kenape dentist prefer cabut, sbb nak bagi space/room for teeth untuk move, nanti kang kalau dah xde space tuk move, mcmn gigi kita nak kena tolak kedalam? paham ke tak ni? lalala.....

Untuk first time consultation ni, kalau anda nak cepat2 sgt, mintak je dentist trus amik acuan gigi. Yeah perkara yang palin menyeronokkan...hehe..sbb kenape? finally kita akan dpt balik acuan gigi kita tu, but of course after 2 years ok....bila gigi dah ok...nanti boleh ler tido sambil peluk gigi anda itu..ngeh3...Kos kat sini lebih kurang rm150, sebab dah amik acuankan. Let say it just for consultation, maybe it will cost you about rm30 je kot. Depends..

2) X-ray
- Prior nak psg besi@dawai@pagar@fence...hehe, anda dinasihati untuk pegi amik X-ray gigi ok, jangan lupe tu. Macam mana pun, mmg korang kena g amik tau x-ray ni. Lagi korang delay, lagi lama lah masa yg diambil untuk psg braces. Cost kat sini pulak RM100 sahaja and anda akan diberi 2 keping result x-ray. So bwk result ni ke Klinik gigi yang korang pergi for the 2st consultation tu td ok..

3) Bila korang dah submit dah x-ray result tu kat dentist. Tunggu 2-3 hari je untuk pemasangannya...Senang je kan? asalkan korang make sure korang dah ade $$..

4) Hari yang ditunggu-tunggu!!
Bila korang datang klinik kan...dentist senyum2 gitu. Mana taknye, dalam kepala dia, yip yip hoorey, duit masuk!!-ala, same la mase kita dpt PTPTN for the first time...oh no...perasaan gumbira tak beragak, so samela mcm dentist tu td. haha...
Before doc psg besi dawai segala mcm jadah tu, dia akan cek sama ade sume gigi kita elok@tak..kalau ade yg perlu tampal, dia akan tampal dulu, sbb taknak nanti at the end braces da bukak tetiba gigi berlubang sane sini..elok2 gigi da bersusun, lain hal pulak timbul gitu...After all, pemasangan akan berlaku dan masakla korang lenguh sampai naik kematu bontot sbb proses nak psg amik masa 2 jam....

Perlu diingat ape yg kak mona ckp ni adalah dental service dekat private clinic ok.. If gomen, kena tggu lama. For sure yang tu sume dah tahu kan. Oh btw, installment method is preferable dekat private clinic. So during 3)stage, you just prepare about RM1500 for the downpayment (omg, mcm beli keta la pulak...viva punya installment ni babe)...But however, depend on dentist jugak how much they charge for downpayment. Lain-lain klinik, lain charge fee. Cost for my braces is RM4500...

Rasanya itu je kot...nanti lain kali kak mona sambung lagi, malasla nak type syg....

Tengokla pics saye yg sume tak cantik..Oh ya, sy tak pakai DSLR mcm blogger lain k...ngeh3...sy pakai lumix jew.....(^_^)



saya igt sy akan kuwus bila pakai braces...tapi itu sekadar khayalan dan mainan perasaan..hahaha...


Ini kali ke3 kak mona tukar...kaler ijau, bling3...nasib tak letak any colourful crystal...gila...


Monday, December 14, 2009

Tips Bahagia Rumah Tangga

Kadang-kadang kawin muda ke, kawen tua ke, kalau Tuhan tetapkan kita akan bahagia, insyaallah kita akan bahagia. Kita sebagai hamba kadang-kala tak tahu nasib hidup sendiri. Walau ape-apepun janganlah kita terlalu persoalkan gambarajah kehidupan ini. Biarkan Tuhan yang menentukan setelah doa kita panjatkan.... Tapi gambar kat bawah ni takde kena mengena pon. Tah mcmn si Fifi ni pulak dah siap nek atas pangku fatherku...haish....biarkan aje...


Title above mengenai tips bahagia rumah tangga. Bila berkahwin, kita masih mempunyai 2 pilihan sama ada nak hidup bahagia atau derita. Maka, lebih baiklah kalau kita pilih bahagia. Bila bahagia datang, hati pun senang. Bila bahagia dikecapi, perut pun makin besar dari hari ke hari. Yelah, sama ada mengalami saat-saat kegemukan ataupun, ke'preggenant'..itu simbol bahagia.. Bila hati bahagia, perut pun membuncit serta terkehadapan. Saat tu, barulah hati runsing semula, kot-kot la pasangan kita cari lain, ye tak? Tapi yang untungnya farmasi-farmasi ler.. sebab mase tu guarantee rak-rak ubat kurus habis dicuci...ngeh3...malasla nak menaip (tolong taip boleh ngak?) bace je la kat bwh ni ye....Baca dan amalkan lah. Insyaallah bahagia itu akan kita temui...

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur
dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Di bawah ni saya sertakan wajah-wajah pasangan yang bahagia...ewah...


Ni gambar Pak Non and bini dia. Pak Non ni 'pok' cheq, makanya secara tidak langsung bini dia 'mok' cheq la na..


Pasangan kedua dimenangi oleh:

Meh nak crita sikit. Ni pulak abang and sis ipar. So, tak payah cakap banyak, tengok gambar ni pon dah tahu dah, bapak bahagia nya diorang. (lihat di perut ye?) nguah3...jangan mare ye?

Quote for today: Someone told me that " bahagia itu ibaratnya si rama-rama, usah terlalu mengejar kerna dia akan lari berterbangan jauh dari kita, biarkan ia jinak sendirian, lama-lama pd kita juga dia hinggap.....alahai, jiwa kacau neh.... Papehal pon, jangan lupe layan video di bawah ni hanya sekadar untuk hiburan... jeng3...

Sunday, December 13, 2009

Hari Yang Buhsan

3 hari cuti...Jumaat 11Nov - Ahad 13Nov. Sangat tak tahu ape nak dibuat, hari jumaat perlu menjaga anak-anak buah....ya ampun, si kecik ni sgt nakal. sgt suka mengacau abangnya. Dahla si abang ni lembut je orgnya. Dalam diam-diam abg pun, disepaknya si adik, geram sgt kalu...katenye...huhu....

Hari sabtu, mak bapak diorang dtg amik diorang...yeah, boleh gak aku berenang-renang di tepian katil...kuak rama-rama gitu kan...adus, pejam celik pejam celik dah hari ahad..hurm....tengah hari (ahad tu ler) agak-agak borim sgt, gorengla nasi tuk disumbat kedalam anak tekak ni. Terlanjur kata, nak ke tak resipi nasi goreng ikan masin tu? ek eleh, selekeh betul, bajet org len tak reti nak buat yer? Ah, lantak.... Sediakan bahan-bahan seperti?

i) Bawang putih
ii) Bawang merah
iii) Cili - kalau nak pedas k?
iv) Lauk-lauk seperti:

Ikan masin - dalam peket boleh dalam botol pon boleh
agak-agak nak makan sorang, beli yang dlm peket pune ok, rm3 pon ade. Tp cam lau dalam botol tu mahal sikit. Botol kecik da rm5, botol besar bapakla mahal lagi. Cekik daras/H tol..

ayam/fishball etc - Kalau nak la kan. Tapi sedap ape, sbb banyakkan lauk kan. ngeh3... Tapi certain orang xsuke campur ayam and ikan sbb berbeza ion, it's not good for our kidney. But as for me, i belasah je, lantak....

v) Sayur: ape-ape pon boleh, kangkung ker, sawi ker, lobak ke.

vi) Nak lagi sedap, masukkan adabi kiub perencah ok. Mane-mane pon ok dik, either bilis atau ayam stok. Ok?

Jadi, anak-anak bahan-bahan diatas ini perlu disediakan sebelum memulakan pengembaraan. Ek eleh..tak kan nak wat nasi goreng pon nak kena btau kena sediakan nasi? lalala....Nasik janganla pulak lupe masak syg wes....

Langkah:
1) Tumis i) - iii) sampai naik bau
2) Dah agak-agak naik bau, masukkan pulak ler lauk-pauks sampai agak2 masak
3) Masukkan kiub stok adabi, bila semua dah sebati, masukkan nasi lol.....
4) Kacau-kacau-dan kacau lagi sambil gelek bontot pon ok-senaman what...
5) Masukkan sayur ler....
6) Angkat dan letakkan dlm pinggan..
7) Nak direct makan dalam kuali pon boleh ja...Gasak...
8) Agak-agak kalau menu ni untuk disediakan pada tetamu, maka pandai-pandaila hias sikit2 dengan timun batang yang telah dikupas and also bwg goreng&daun sup untuk ditabur kat ats tu. Nampak mewah and megah gitu kan, bila try je, alamak...hampes. Menitik air mata sbb xsedap...lalalala.....

Tips: Kalau perasan, I xbtau pon kat anak-anak psl garam gula berapa plastik nak kena letak gitu. Well, agak2 la masak ni cukup sekuali size medium, plus anda telah menggunakan ikan masin sebagai garam, and also kiub ayam yang dah well balanced ingredients-gula,garamnya. Maka, you dont have to add any gar/gul anymore. Ok, boleh?

Friday, December 11, 2009

Masih Terbayang dan Terngiang....




Dia bukanlah permata yang mampu menyinarkan gelapnya siang, mendungnya langit-langit... Namun senyum, gelak, tawa, kenyitan matanya saat bersama-sama sudah mampu membuatkan dada ini seperti disuluh mentari..batapa bahagianya saat dia masih ada...Al Fatihah....


My cousin during her engagement day and with our late uncle..