bila kau bilang aku rakan sepermainan yang paling indah kau miliki,
terasa aku bangga-bangga menguncup di-dada,
tapi itu dulu,
dalam pekat malam, aku kau kejut semata untuk meleraikan pergaduhan,
yang berlaku antara kau dan dia,
dengan anak kecil diriba mu,
malah, aku teman kamu tatkala kamu gelisah, dibadai ombak kehidupan,
cuma untuk melepaskan kesedihan di bahu,
aku setia mendengar dengan pemberian nasihat yang tersangat tulus ikhlas,
tapi kini..
setelah sedikit demi sedikit,
ikhlas aku berbekalkan hati sekeping yang ILAHI kurniakan,
kau khianati aku,
saat hati-hati aku terbelah jatuh berderai satu-persatu,
ku kata pada hati,
untuk apa manusia ini hadir dalam hidup aku kini,
jika begini balasannya,
bila bahagia, langsung ditinggalkan malah kata-kata yang sudah tiada indah dilemparkan,
kibilang,
hati,
tiada rugi jika kau menyendiri,
dia, untuk apa kalau menyakiti?
kalian, kubilang..
untuk dia rakan sepermainan itu,
hati ini aku tutup serapat-rapatnya,
aku tak mungkin menjadi rakan kamu dunia akhirat,
hatiku mati padamu yang ku panggil teman,
saat keikhlasan sebuah persahabatan yang aku serahkan,
terang-terangan kau dustai,
hati ku mati,
bukan kerana dendam,
tapi kerana kasih aku padamu, TAK MUNGKIN AKAN BERCAMBAH MEKAR LAGI.
selamat tinggal pada kau yang dulu aku panggil sahabat.
tapi kukira hidup aku ga pernah ada kamu dulu.
kerna kenangan antara kau dengan aku telah
MATI DAN IA TELAH PERGI.
No comments:
Post a Comment