semalam bila aku bertemu.
aku cerita satu-persatu.
kesemuanya.
apa yang berlaku hari dulu. masa kini. dan bertanya aku.
apa cerita untuk hari muka.
dalam dingin malam.
sambil menghitung nikmat menghirup udara sepoi.
aku merayu lalu bercumbu aku.
asyik aku bercinta denganmu hingga leka menitis airmata.
yang aku harap.
bukan mudah. tapi ku kira tidak terlalu sukar.
bahagia.
bukan derita.
malah gembira.
lebih dari apa yang sebenarnya mahu kau cipta.
dalam hati bergendang gendut tali kecapi.
perut tak pernah kenyang tapi kalut aku kalau-kalau.
akan cemburu dendam iri hati.
tapi, mohon aku. sampai nyawa akhir.
akan aku berada dalam genggaman. perlindungan. pemerhatian. mu.
xoxo.