Wednesday, March 7, 2012

Umrah - Part 3:Saie

Selesai tawaf.
Mutawwif dah pesan, pada mana-mana yang terlepas semasa tawaf.
Perlu tunggu di lampu hijau.
Saya selesai tawaf, langsung saya tunggu di lampu hijau dan ternyata orang lain seorang pun tak ada. saya mohon, biarlah saya berjumpa mereka di situ juga.

kemudian, tak lama seorang demi seorang jemaah yang juga terlepas datang.
sungguh, saya langsung tak fokus pada saie secara teori.
Jadi saya tak tahu pada siapa saya perlu berharap.
Kemudian Fazliana and famili kebetulan ada disitu, saya minta izin untuk melakukan bersama dengan famili dia. Sempat lagi berborak. Masih, terkejut dia mendengarkan saya datang seorang diri!

Ini adalah Bukit Marwah. Saie perlu dilakukan 7 kali bermula dari Bukit Safa sehingga Bukit Marwah. Untuk Saie, saya menghadiahkan Rasullullah S.A.W dan mereka yang telah kembali ke rahmatullah dengan bacaan Yassin. Sempat 2 kali bacaan disertai doa pengakhiran. Tiap kali sampai di Bukit Safa dan Marwah pasti saya akan berdoa. Dan saya percaya, doa itu mustajab dengan izin Allah.


Sungguh saya terhibur dengan Sa'ie dan entah kenapa mungkin masih ada tenaga, langsung tak terasa penat. Alhamdulillah, 7 pusingan itu terus menerus dilakukan. Sunat.

Selesai Bersaie, terus bertahallul.
Semasa bertahallul, emak Fazliana tolong pegangkan buku. Sbb saya memang tak fokus pada teori saie pun before. tapi alhamdulillah. dalam pukul 11pg, selesai umrah pertama dan terlepaslah dari pantang larang ihram. ! (:

Umrah - Part 3 : Tawaf

MAIN POINT OF BAITULLAH.


Bermula dengan Tawaf.
Mutawwif bawa ramai jemaah.
Dan.
Saya terlepas dari diorang.
Saya fikir: nak kejar atau apa?

kalau saya kejar; saya akan mengambil risiko.
1. Terhengsot bahu kiri. Dimana bahu kiri tidak boleh "terusik/teralih" ke kiri atau kanan. Kalau tak, batal tawaf.
2. Sedikit merempuh orang ramai.
Dimana saya taknak tertolak mereka. kerana saya taknak diri saya ditolak juge.

maka akan hal ini, saya berkeputusan melakukan seorang diri dan saya percaya Dia sedang menguji dan melihat.

sehinggalah pada satu point itu, Kak Salma: kakak yang menegur saya di airport tadi, tiba-tiba memegang erat tangan saya. Mungkin dia tahu saya berseorangan. Dan beberapa minit kemudian, saya dan dia juga terlepas dan saya terus menyelesaikan tawaf seorang diri. (:

Bila berseorangan itu, lebih indah. Menghayati segenap pelosok langit-langit. Tak henti saya memohon maaf dan ampun dari Dia.

aku tahu ya Allah, aku dulu hatinya cukup lalai, leka dengan perhiasan dunia dan hiburan entah bila kan habisnya. Dan aku ingin sucikan dosa - dosa aku disini, Kau gugurkan lah ya Allah dosa ini satu-persatu atas kerana sifat Mu yang penuh dengan kasih sayang itu. Aku tahu, tak mungkin aku kan dapat memasuki syurgaMu ya Allah, tapi masakan aku sanggup mengenakan tubuh aku dengan bakaran api neraka. Maka aku mohon ya Allah, izinkan aku jua akhirnya ke syurga.

terlalu banyak doa-doa aku titipkan semasa tawaf. Dan aku yakin Dia dengar, Dia lihat. dan aku mohon untuk tiap titisan airmata ini menyentuh bumi Makkah, izinkanlah ia semuanya menjadi sebab saksi di hari 'esok' . Amin.

Insyaallah, tawaf ini diterima oleh Allah S.W.T

Tawaf awal pagi, tak ramai orang. Banyak ruang-ruang lengang.



Dah selesai tawaf sunat masa ni.

Umrah - Part 2

Bila masa Visa dah approved.
Saya lah hamba yang paling gembira.
Takkan ada yang sukar bila sudah tercatit nama kita dalam guest list Dia!
Indahnya Ya Allah.

17th Feb - 20th Feb
saya pulang ke kampung untuk berjumpa adik beradik dan sanak saudara.
Rupanya ada sanak saudara yang tidak tahu saya mahu pergi ke sana. Hurm (:
Tak apa, umrah sahaja, bukan Haji. jadi saya pun tak ada buat apa-apa makan2 di rumah.

cukup solat hajat bersendirian untuk memohon keselamatan semasa keberadaan di sana.

20th Feb.
Flight from KB to KL with mom and dad.
I was actually tak bagi diorang hantarkan. Tapi diorang kesiankan saya: diorang cakap: takpelah pergi hantar, kesian husband pun tak da lagi takkan awak nak pergi KLIA sorang2. ups, touching you olls! Turun dari rumah dengan bacaan doa-doa tertentu, Masyaallah. Saya rasa seperti sungguh terpelihara dan dijaga!

21st Feb.
Jam 1230pm dah gerak from USJ. On our way to KLIA, we dropped by at Petronas to perform solah. we reach KLIA at 120pm. Masa tu semua jemaah dah berkumpul.
Saya bersalam-salaman dengan jemaah yang ada. Semua tanya saya pergi dengan siapa dan saya jawab pergi seorang diri, mereka terkejut, mata bulat.

Mulut kata pergi sendirian tapi dalam hati bilang: ditemani malaikat. Amin!

Hati saya sayu a bit when i saw a lot of family members yang menemani jemaah lain. Dalam hati; nasib mak bapak temankan, if not mau menangis touching-touching u olls! tiihi!

Ketua rombongan memanggil nama satu persatu untuk mengambil pass nama yang digantung di leher. and you know what, mommy punya takde, boleh? air mata dah nak bergenang. cepat-cepat diorang pujuk saying that; takpe pass nama takde, kita check boarding pass ade tak. Alhamdulillah, nasib baik boarding pass ada ;( cuba imagine if boarding pass takde, memang nangis habis !

About 5pm kitorang dah siap checkin dan menunggu nak masuk flight! uuuwhhh ! berdebar. toing toing.

Flight delayed to 740pm, dalam masa tengah menunggu, mommy belek-beleklah the book title: Panduan Umrah dan Ziarah. hish, still baca lagi even tough dah nak gerak?
well ~~ biasala first umrah, macam tak pasti sangat apa yang perlu dilakukan.
Waktu tu, sambil borak-borak dengan jemaah-jemaah lain dan diorang sangatlah baik ok. Mommy suka !!






our routes were like this: KLIA - Brunei - Dubai (bus) Sharjah - Jeddah (bus) - Makkah.

We reach Dubai and spent about 8hrs there. So, kena check in hotel. Hotel yang sangat besar ok, Ya Allah mommy sangat suka! Masa dekat Dubai ber-bestfriend dengan macik-macik dan secara tak langsung mommy bertukar jadi macik. There were Samsiah, Selmah, Fatimah and her son; Adan a.k.a Meor age 25 years old, so dilarang mengorat sebab under age. kah3. ups! sorry Mom Fatimah.






Dubai sangatlah cold a bit mcm Genting about 18degC.We had a view la kejap around Dubai and semua building sangat tinggi mencakar langit tau. And the place sangatlah bersih ok. Semua mat-mat saleh pun pandang because of outfit, semua macam wrap all over the body gitu kan. teehee. excuse me, alhamdulillah tak panas langsung ok. (:








Tibalah masa untuk kita gerak from Dubai to Sharjah Airport by Bus. I felt the adrenaline rush bila each point end. kan? Waiting for the flight to Jeddah, Ya Allah. sungguh berdebar dan debaran itu kian terasa. Bila dah masuk dalam perut kapal terbang, makin berdebar, dan masa tu mommy duduk sebelah Makcik Rahimah. Masa tu sangatlah mengantuk sampai pesan dekat Makcik Rahimah: Makcik kejutkan Amalina untuk berniat, tak tahan sangat ngantuk ni.

Then i heard announcement yang kita dah memasuki Qarnul Manazil. Miqat point for jemaah yang memasuki terus ke Makkah. Terasa seperti lain je perasaan tersebut. Lepas niatperlahan-lahan membaca talbiah seorang diri dan akhirnya sehingga tertidur.

~~ngantuk~~

Bila dah sampai di Jeddah, dan setelkan urusan Immigration, masa tu berkenalan dengan Kak Salma and her family : Ayah Mus a.k.a Boboi, Akid a.k.a Adik and also Aqilah a.k.a Donut.

Nasib baiklah semua orang di sekeliling; mungkin menuju ke arah satu kiblat. Maka mereka semua beramah mesra gitu. Jadi mesti sebut; Alhamdulillah. (:

Bayangkan perjalanan yang memakan masa berjam-jam, dan kemudian sudah sampai ke final checkpoint. Masyaallah. Bila dah keluar dari Jeddah Airport tu kami menaiki Bus untuk ke Makkah, dan di dalam bus, adanya tazkirah. Masa tu duduk di sebelah nenek; dia suruh panggil dia Wan.

Sepanjang perjalanan mendengar tazkirah air mata bercucuran. bukan kenapa, seperti tak percaya sudah sampai di Kota Haram Makkah.

Dan, perlu ingat:
Kita datang kerumah Allah dengan membawa dosa terpalit tebal. Dan sepanjang di rumahnya terlalu baik Dia melayan kita, apa yang kalian rasa? Tidakkah ada rasa
'terusik' yang menyentuh kalbu gitu kan. Jiwang.

Percayalah, saat kaki menyentuh Bumi Makkah, akan wujud perasaan lain ! Lantas aku berdoa: Ya Allah, datang ku hanya sorang menyatakan rindu kasih aku dan aku tunjukkan padaMU Ya Allah kepercayaan aku pada MU, maka aku mohon, peliharakah aku sepanjang aku berada di rumahMu. Itulah kata aku saat kaki mencecah tanah di depan hotel sejurus turun dari bus! Masyaallah.

Semua jemaah perlu check in dulu, dan usai semua, kami menjalani ibadah umrah yang pertama pada pukul 8pagi. Hanya Dia yang tahu apa rasa hati, tatkala mata tertumpu pada bongkah hitam di tengah lautan dibanjiri manusia. Aku memandang langit dan berkata hati aku: Terima kasih Ya Rabbul-Jalil!

TUNGGU AKU SAMPAI YA ALLAH!





Lihat kawasan sekitar menyinari Baitullah. Dan pandanglah bongkah hitam itu, dimana hamba kesemuanya mengarah ke satu kiblat. !

Umrah - Part 1

Seumur hidup saya.
Tak pernah saya sangka akan menunaikan umrah pada umur yang agak muda iaitu 28tahun.
Pada maksud saya, menggunakan rezeki yang dikurniakan Ilahi dengan kudrat sendiri.
(dengan menumpang kudrat Ilahi, masih !)

Saya masih ingat ketika tahun 2007, saya sudah mula bekerja.
Saya tidak menyimpan niat pun untuk tunaikan umrah.
Kemudian, pada tahun 2008 ketika berpindah kerja di sebuah O&G company, saya memasang niat.

"insyaallah, dengan duit kerja ini, aku nak guna untuk tunai umrah"

setelah bekerja dengan O&G selama 3tahun, dan pada saat ini berkemungkinan besar duit sudah sangat-sangat cukup untuk melunaskan perbelanjaan di sana; saya kemudiannya mengambil keputusan besar yakni : menunaikan umrah sepertimana saya janji ingin lakukan. Allah Maha Mendengar.

Bila saat hati sudah terikat, saat-saat ingin tidur, membaca al-quran, bersolat, hatta melakukan apa saja, pasti minda dan hati saya tertumpu pada Baitullah. Inilah yang saya rasa! Dan, pasti air mata saya jatuh berguguran seorang diri.

sepanjang tahun 2011; saya berdoa: Ya Allah, andai benar mahu aku jadi tetamu Mu, jemputlah aku datang ya Allah, jemputlah aku datang penghujung tahun ini.

Bila rasa ingin datang ke rumah Allah terlalu kuat, saya lantas membayar deposit kepada travel agency, itupun sekadar minimum RM500. Hal ini berlaku dalam bulan Nov 11 sejurus saya pulang outstation dari Labuan. Saya hanya meminta izin kedua ibu-bapa untuk pergi dan mereka mengizinkan. Inipun dalam visa saya, travel agen meletakkan orang lain sebagai mahram (Ustaz Saidon)! Apakan daya kerana pergi saya seorang diri disaksikan Ilahi dan ditemani Malaikat kiri dan kanan!

Saya sungguh percaya hal itu !

Persiapan saya untuk menjadi tetamu Allah tidaklah banyak mana, tetapi saya menjaga yang wajib yakni solat dan juga menutup aurat. inipun sukar! oleh itu saya sentiasa berdoa. berdoa dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Persiapan yang lain, saya turut melunaskan hutang antara manusia; antara sahabat-sahabat. sebab apa? sebab saya tak nak perkara-perkara kecil ini mengganggu ibadah saya ketika di sana, apatah lagi pergi saya seorang diri dan tidak ada yang lain akan menjaga saya kecuali ALLAH! maka dengan itu saya lunaskan hutang saya.

1. RM 10 dengan Amirrul Asyraf
Padahal dia dah mention dia halalkan tapi tetap saya byr kerna terasa 'terikat'

2. RM60 hutang dictionary dengan Teacher Normala when i was 16 years old!
Melilau saya cari no tel beliau untuk jelaskan hutang. Itulah, nakal sangat! Dan saya sebenarnya tak pernah guna dict. tersebut sbb saya tahu tak berkat hihi.

3. Ganti Calculator seorang sahabat
Masa di UMT, saya pinjam calculator dia, nak dijadikan cerita saya baru pertama kali pinjam dan calculator tu jatuh dan pecah. Boleh? yang kelakar, bila saya call dia before i left for umrah, dia bagitahu saya: calculator dia pecah lagi ! haha.

ini adalah sekecil-kecil benda yang saya langsaikan sebelum keberangkatan saya. Dan kebanyakan waktu mmg saya memohon maaf atas kekasaran bahasa / keceluparan mulut dan juga kelaseran mulut ni.

Alhamdulillah, semasa keberangkatan, saya merasakan 'bersih'. Alhamdulillah!

Buat pengetahuan semua, Visa saya hanya approved pada hari Jumaat 17th Feb sedangkan saya perlu bertolak pada 21st Feb. Berdebar? Mestilah.

Dalam waktu itu saya kerap berdoa, dan setiap kali usai solat; pasti saya akan bertalbiah 7 kali ! untuk menyatakan kesungguhan saya mahu kesana.

Monday, March 5, 2012

Baitullah

Dulu.
Pernah saya dan kita semua merasakan rasa rindu.
Dan rindu pada entah mana-mana jejaka.
Membuatkan kita luka, parah, sedih, hingga terlerai dada.

Tapi.
Hari ini saya rasakan.
Rasa rindu pada sang jejaka.
Tidaklah seperit mana
Tidaklah seluka mana
Tidaklah sesedih mana
Jikalau saya bandingkan kerinduan saya pada Baitullah!

Ya Allah.

Umrah - Persiapan

1. Persiapan Barang-barang.
Tak banyak persiapan yang dibuat.
Sebab mungkin barang-barang persiapan semua buat sendiri.
Dahla pengalaman pun tak de kan.
pulak tu pergi sorang-sorang.
Terasa seperti; ala, ok la ni barang-barang dah cukup kot.
Ubat langsung tak bawa.
Bawa minyak cap kapak je.
Sekali betul kat sana, sakit!
Tapi tak berat mana pun, semua mintak dengan Allah untuk sembuhkan.
Especially bila migrain datang sebab banyak nangis!
Langsung bagitahu dekat Allah.

Ya Allah, sakit ni kepala aku, boleh tak kalau Kau ambil sakit ni balik, kesian kat aku, berdenyut je. Aku tak bawa ubat pun ya Allah, sebab semua aku harapkan Kau.
Nanti aku sapukan zam-zam, kau tarik balik ya sakit ni ya Allah. Amin.

Alhamdulillah, beberapa kali sapu kepala dengan air zam-zam, sakit pun hilang.
Hebat tak hebat kuasa Allah, masakan tak hebat? Sungguh, dia layan kita dengan penuh kebaikan!

2. Persiapan Solat
Kalau boleh, kalau boleh la kan. Lakukanlah solat-solat sunat disamping peliharalah yang wajib itu. Benar, sebelum pergi, hanya beberapa kali saya bangun solat tengah malam, kenapa? sebab mengantuk yang amat, tak boleh nak concentrate. semasa doa pun boleh tertidur, apatah lagi ketika sujud.

Maka dengan itu, saya byk gantikan ianya dengan solat sunat sebelum dan selepas fardhu. Yakni melakukan, sunat taubat, istikharah, dan juga hajat. Dan tidak lupa juga saya tetap berdoa. Itu sebabnya saya kata: Doa itu Senjata Orang Mukmin! Insyaallah tergolonglah saya dan anda yang membaca rentetan ini ke dalam golongan mereka yang mukmin, Amin.

Apa yang saya doakan? Ya Allah, sungguh kenapalah tak larat sangat mata ni Ya Allah, nak solat dan beribadah kepadaMu waktu malam, maka aku harap semua solat-solat sunat yang aku lakukan tiapkali sebelum dan selepas fardhu tu, kau terima lah ya Allah. Aku tahu solat-solat tu semua tak seberapa ya Allah, tapi Kau tahu dimana kejujuran aku dan keikhlasan aku beribadat padaMu. Kalau kau tak terima, kesiannya kat diri aku ya Allah. Nanti bila aku jadi tetamu Mu, janganlah di sana kau asik kan aku dengan tidur yang lena dan berpanjangan serta makan yang terlalu kenyang hingga lalai ibadah aku pada Mu ya Allah. Kalau lah kau izinkan ini berlaku ya Allah, akulah hamba yang paling hina, maka aku mohon atas sifat kasih sayangMu yang terlalu tinggi, peliharalah aku ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang rajin bersolat. Amin.

Kalian tahu, langsung disana (Makkah) saya hanya tidur 2jam! paling lama 2jam 30minit. Saya tersedar dan saya berfikir, aku disini tak lama, kenapa mahu tidur lama-lama. Memang akal dan tubuh lengsung mengarah ke Masjidil Haram.

3. Pembayaran Hutang
Bayarlah ya hutang anda hatta RM0.50 sen! Bukan apa, tak mahu nanti disana ada apa-apa masalah. Jauh kita merantau, mendaki gunung bukit bukau, tapi di sana tersekat amal-amalnya. Untuk apa? maka mohon pada Ilahi:

Ya Allah, ingatkan apa yang aku lupa, tentang hutang - hutang aku bersama manusia. Aku tak mahu ada apa-apa hatta sekecik zarah yang mengganggu aku untuk beribadah padaMu. Andai ada dosa aku antara manusia, kau tanggunglah untuk aku ya Allah. Andai banyaknya dosa aku lakukan selama ini, maafkan aku ya Allah, aku manusia biasa, yang leka yang alpa. masakan aku tidak membuat dosa. Tapi aku mohon Ya Allah, berikan aku tunjuk, berikan aku ajar, agar aku tergolong dalam orang yang terpelihara imannya. Amin

4. Antara Doa-doa sebelum ke sana
Memang benar saya sangat banyak berdoa.
kenapa?
sbb saya pergi sorang-sorang tak ada yang menemani.
dan saya sangat berserah diri pada Ilahi.
hanya Dia yang tahu kenapa saya pergi seorang diri. hanya dia, bukan kalian.

Ya Allah, aku tahu yang Kau memang tahu pergi aku seorang diri.
Maka lihatlah ya Allah betapa aku hambaMu yang sorang ini, sungguh berbaik sangka padaMu.
Aku tahu pergi aku bawa banyak dosa dan aku teringin mohon maaf padaMu dan mohon ampun padaMu.
dan aku yakin bila terlalu aku baik sangka padaMu ya Allah, akan kau pelihara aku sebaik-baiknya di sana.
Ya Allah, aku percaya pada kewujudan Mu dan aku percaya bila Kau kata kau ada Malaikat yang Kau cipta. Maka ya Allah, aku ini bukan siapa-siapa istimewa di sisiMu tapi aku mohon, kau izinkanlah Malaikat-malaikat Mu menemani aku di kiri dan kananKu supaya tidak sekali-kali aku ditolak, dirempuh oleh manusia lain yang berbondong-bondong datang padaMu.
Aku percaya yang aku akan dipelihara dan terjaga, beritahu juga ya Allah, pada Rasullullah, kekasihMu. Akan aku datang menziarahi pusara baginda. Bilang sama dia ya Allah, Amalina mahu datang menjengah. Amin.


Salah satu doa saya ketika di dalam Hijir Ismail saat dapat menunaikan sunat 2rakaat.
Ya Allah,
Jadikan aku kaya raya dan mahsyur.
Tapi jangan sekali-kali kau tarik iman dan islam dari dalam hati aku.
Tetap jadikan aku sebagai pembayar zakat yang hebat dan jadikan aku pembela anak-anak yatim seperti Ummar Al-Khatab; jangan kau izinkan aku menzalimi mereka dan menyentuh harta hak mereka.

Dan saat itu terus bibir saya terlintas mendoakan sepupu yang sudah lama kepingin anak. kata saya:

Ya Allah,
Andai dapat kau berikan Adam 40,000 zuriat sebelum wafatnya beliau, kurniakanlah sepupu aku Zarina hatta walau seorang pun untuk menemani dia saat dia sunyi merindukan hilai tawa tangis si anak. Jikalau Kau berkuasa memberikan zuriat pada Maryam sedangkan Maryam tidak pernah disetubuhi oleh mana-mana lelaki, aku mohon padaMu ya Allah, berikan sepupu aku Zarina roh yang Kau tiupkan ke rahim dia. Hanya Kau yang berkuasa Ya Allah, maka layaklah tidakkan pernah ada sekutu yang dapat menyaingi Mu dan layaklah Arasy itu dimiliki Mu wahai Tuhanku Allah Yang Maha Agung!

Saya mohon pada kalian yang mungkin membaca rentetan ini, mohonlah pada Allah.

Ya Allah, Kau mustajabkanlah doa-doa Amalina saat keberadaan dia di Makkah dan Madinah. Sungguh dia tak punya apa-apa, tapi kau hitungkanlah tiap keihklasan saat dia berdoa pada dirinya dan juga hamba-hambaMu yang lain. Kau makbulkan tiap doa-doa Amalina semasa di Multazam, Pancur Mas, Hijir Ismail dan juga tiapkali dia melintasi Rukun Yamani. Amin.


Thanks to all who read this!

Baitullah

Alhamdulillah.
Syukur nikmat Allah Yang Maha Esa.
Dapat saya menjejakkan kaki ke bumi Allah.
Tanah yang amat Rasulullah cintai dimana tidak akan Baginda berginjak sekiranya tidak diusir oleh para kafir. Lalu, di Gua Thur Rasullullah bersembunyi.

Penerbangan bermula dari KLIA, menyinggah ke Dubai, bergerak ke Sharjah menaiki Bas kemudian terus terbang ke Jeddah.

Menyusuri jalan-jalan menuju ke Bumi Makkah hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya rasa hati.
Tatkala sayup-sayup melaungkan takbirullah.
Airmata berguguran.
Lihatlah dunia! berbondong-bondong manusia menuju ke satu kiblat.
Betapa besar kuasa Allah, maka layaklah Dia takkan pernah ada sekutu dan hanya Dia yang punyai Arasy yang agung!

~bercinta, bermanja, berpeluk dengan Ilahi~

Friday, February 10, 2012

i was waiting at workshop one day.

there was a young man waiting his car fixed as well.
i felt quite boring so i get closer to him and we talked.

i spotted at his car plat - there were few corak on it.
so i asked: are you buddhist
he said yes, how do you know.

it was the design that captured my eyes; my buddhist friend told me so before.
young man: oic
mon: what is the relation of the corak with your agama
young man: actually it depends on 'guru' that you learned or believe, different guru will come out with different corak
mon: m, interesting
young man: having this on carplat could avoid someone's from bad luck such accident etc. it is also belief to "call the money"

mon: oh-ho, ic.

he then suddenly talked about islam with me saying that he got a lot of muslims friend and don't mind to convert if he one day will marry to muslim girl. he also mentioned he has one uncle convert to islam as well.

young man: tapi i tengok dia x solat pun. he only perform prayer on friday.
mon: you know why?

young man: i got no idea.
mon: he convert to islam because of someone's else, not because of Allah
young man: i dont see anything wrong of not sembahyang pun.
mon: there is no point of convert to islam but you not practise the way to be good muslims, correct?

if one day you have to convert, do it because of Allah. not because of someone else.
if you do it because of someone's else, you can't see the beautiful of islam.
you cannot see the miracle of belief that you are holding on, betul tak?

young man: betul juga tu.

:)

Tuesday, February 7, 2012

saya berdebar.
part of myself i think it will be definitely approve by embassy.
part of it i felt it gonna be delay.

but overall, i still pray that i will be depart on 21st feb.

Ya Rabb, make it happen.
I want to feel you love.
I want to stare at your baitullah.
So, please let me go.

Sunday, February 5, 2012

Runtuhnya Sebuah Dosa

Inilah maksud saya.
Dengan apa yang saya katakan.

"anak-anak adalah 'apa' yang ibu bapa tinggalkan.

Jika Islam yang diajari pada anak-anak.
Islam lah yang akan anak-anak bawa walaupun selepas kematian ibu bapa.

Islam dan Iman takkan hilang di hati.
Baru senang duniawi ukhrawi.

Bukan senang mahu patuh, mahu taat.
Pujuk hati, lama-lama mahulah dia ikut apa yang akal kata.

<3

Friday, February 3, 2012

it is ok baby.
things will be fine.

come, we hug..

Thursday, January 26, 2012

Please Ya Rabb, Make it happen

Dear Embassy,

Please approve my Visa so i can visit Baitullahilharam ;(

Wednesday, January 18, 2012

Moga - moga,
dapat menjadi tetamu Allah,
dalam masa terdekat ni.

Bila saat aku berkeputusan pergi seorang diri,
sebab tak tertahan rasa rindu pada kasih sayang Ilahi,
dan di saat semua orang terkedu bila aku katakan aku menumpang mahram,
pada aku;

Tuhan akan jaga aku,
walaupun aku bukan siapa-siapa,
hanya hamba yang hina-dina,
tapi aku yakin pergi aku dijemput,
dan biarpun berjuta orang mengelilingi Baitullah,
Insyaallah; akan ada lorong-lorong terus terusan buat aku sorang,
mudah tawaf 7 dan saie aku, kerana apa?

rupanya aku kesana sorang; kerna aku bersangka baik pada ALLAH;
yang aku senantiasa berada di dalam lindungan - NYA.
moga 120 keberkatan yang ada di Baitullah akan dapat aku perolehi saat tawafku - solatku - dan bila hanya aku memandang rumahMu.

to be continued.

Tuesday, December 20, 2011

i'm looking forward to build up a family.
but then i have no one in life.

i asked God, if you can send Hawa to be Adam's partner, i pray that you can send me someone from heaven as well.

i know that God is listening to my doa.

nite.

Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu

haip!

last week after finish with Adidas Trail Run, dengan tak mandi ape nye and still dlm peluh masam, singgahla kat U8 Space located in Bukit Jelutong. ape lagi, mak jemah sempat la layan Ombak Rindu kan u olls ~~~

well, ceritera yang best even tough macam agak simple. They still have some climax and attractive plot.

but then, the storyline masih terikat dengan line di dlm novel which i believe kalaulah filem ni tak terikat sangat dengan jalan cerita novel; mungkin penerbit/pengarah boleh buat cerita ni lebih kebabom.

Lakonan Maya Karin sangat awesome ok. totally unexpected kot. well, i'm looking forward if she's going to play any other film in near future.

lagu? superb. i was crying not because of the storyline, but because of the song. it is really touched! oh man.

i got another run event this sunday. i'm planning to re-watch the movie maybe at Alamanda. Hihi <3 gotcha!